in

Ajaran Sesat Dakwa Nabi Muhammad Seorang Perempuan

Ubuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang tengah jadi isu hangat kat Indonesia di mana sepasang suami isteri yang sedang menyebarkan Kerajaan Ubur-Ubur. Apa??

Ajaran ni turut mendakwa yang Nabi Muhammad SAW adalah seorang wanita dan amalan pemujaan yang diiringi zikir ni selalu dilakukan kat kediaman dorang kat Serang, Banten. Menurut Tribun News, suami isteri yang mendakwa diri dorang sebagai Ratu Kidul dan Raja Rudi mendapat perhatian ramai dan dicari oleh sesiapa yang menginginkan minyak pengasih dan pelaris.


Ubu5
sumber: tribun news

Ratu Kidul atau nama sebenarnya Aisyah mengaku yang dia menganut agama Sunda Wiwitan namun mengikuti ajaran al-Quran dan percaya dengan Allah SWT. Ehhh??

Aisyah mendakwa yang dia ada akses dengan bank kat luar negara dan mampu mencairkan dana milik rakyat Indonesia. Syaratnya dorang perlu melakukan ritual zikir Kerajaan Ubur-Ubur pada malam Jumaat hingga pukul 4 pagi. Macam-macamlah…

Ketua Polis Serang, Komarudin berkata, “Zikir itu bagi membuka kunci kekayaan rakyat Indonesia yang selama ini terpendam.”

“Anggota kumpulan tu bukan masyarakat setempat. Kebanyakannya pendatang dari Jawa Timur dan Jawa Tengah.”

Ubu4
sumber: tribun news

Lagi dahsyat, Aisyah ni turut menyatakan yang ada makam Tuhan, Nabi Muhammad adalah wanita, Kaabah bukanlah kiblat umat Islam tapi tempat pemujaan berhala dan yang teruknya dorang claim mencium Hajarul Aswad tu adalah seperti mencium kelamin perempuan. Ewww!!

Ada sumber lain memberitahu yang pasangan tu dan pengikut dorang tak pernah solat jemaah kat masjid atau surau, selain mempraktikkan zikir khas yang berlainan dengan zikir umat Islam.

Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Serang, Anas Tajudin berkata,

“Kesimpulan kami dia bukan Islam, dia menyebarkan menggunakan nama al-Quran.”

Ubu1
sumber: bm cari

Tapi jangan risau, sebabnya polis dah menahan 12 orang penganut ajaran tersebut termasuklah  pasangan tu. Haa kan dah kena tangkap! Macam manalah boleh terfikir nak buat ajaran sesat macam ni… ish ish…

Baca: Ajaran Sesat Sasar Pelajar UniSZA, Pengaruh Makan Daging Dan Darah Untuk Masuk Syurga

Ubu 2

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.