in

Aisyah Hijanah Jawab Dakwaan Kes Dimadukan Hanya Gimik, Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi

Aisyah Hijanah Komen Isu Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak petang semalam, tular dakwaan daripada sebuah page di Facebook iaitu PW Community yang mendakwa pempengaruh, Aisyah Hijanah telah membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

Menurut page berkenaan juga, Aisyah dituduh sanggup mencipta kontroversi tentang dirinya dimadukan suami demi mencari publisiti dan simpati orang ramai.


Pw

448304448 436857032539298 6634931622564925092 N

Tak cukup dengan itu juga, page berkenaan mempersoalkan kemewahan yang dimiliki Aisyah dan mendedahkan perbuatan berkenaan hanya diketahui bekas pekerjanya, pembekal tudung dan pempengaruh media sosial lain.

Pekerja yang persoalkan audit kutipan derma akan dibuang serta merta,” katanya.

Artikel berkaitan: “Mungkin orang lihat tenang saja” – Aisyah Hijanah Bersuara Dakwaan Poligami Hanya Marketing

Artikel berkaitan: “Ia pakaian wanita” – Aisyah Hijannah Kongsi Lelaki Tidak Boleh Pakai Baju Kelawar

“Pernikahan itu adalah benar” – Aisyah Hijanah 

Susulan pendedahan tersebut, Aisyah tampil menjelaskan tuduhan yang mengatakan perkahwinan kedua suaminya, Aliff Teega bukan gimik demi meraih simpati.

Menerusi perkongsian Aisyah di Instagram, tuntutan harta sepencarian yang dibuatnya terhadap Aliff pada awal tahun ini adalah bukti pernikahan suaminya itu benar.

Pernikahan kedua yang sudah viral tersebut bukanlah satu content. Mungkin orang melihat saya tenang sahaja dan tidak percaya bahawa apa yang berlaku adalah benar. 

“Pernikahan itu benar. Saya dan peguam telah pun mendapat perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100% pada bulan 2 lepas. Dan harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab (poligami, cerai dan meninggal),” katanya.

A1

A2

Dia juga menjelaskan mengapa suaminya tidak pernah mempamerkan wanita berkenaan di media sosial dan ia adalah kerana mereka mahu menjaga sensitiviti masyarakat khususnya untuk dirinya sendiri.

Aisyah juga tidak menggunakan isu poligami tersebut untuk meraih simpati.

“Langsung tiada video saya menangis, memerli atau berkelakuan ‘menyedihkan’ sebagaimana yag didakwa page berkenaan,” katanya yang juga memuat naik salinan sijil perkahwinan kedua suami.

A3

Bekas pekerja dibuang sebab isu dalaman, bukan sebab soal audit

Tambah Aisyah lagi, isu bekas pekerja yang dibuang dalam tempoh 24 jam juga bukanlah disebabkan mempersoalkan audit syarikat tetapi ada isu dalaman pekerja itu sendiri yang membuatkan dia dibuang.

A4

Dalam pada itu, Aisyah juga menafikan dia mengutip derma daripada orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Setiap kutipan yang dilakukan, mempunyai resit yang sah dan juga saya buatkan video yang di post di media sosial sebagai bukti. 

“Aisyah hanya menggunakan platform ini untuk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang dan meluaskan peluang orang untuk menyumbang. 

“Syarikat saya mempunyai audit yang jelas yang kami lakukan setiap tahun. Jualan HIJANAH juga sama seperti syarikat-syarikat founder di media sosial.

“Cuma saya sendiri bukanlah orang yang suka mempertontonkan kemewahan dari pakaian saya. Siapa yang kenal, tahulah saya personalitinya bagaimana,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Dalam pada itu, Aisyah menjelaskan yang dia kini dalam perjalanan menunaikan haji dan bukti-bukti berhubung kes tersebut juga sudah diberikan kepada peguam untuk dibicarakan di mahkamah kelak.

Apa-apapun kalau tidak benar apa yang dituduh itu, kita doa yang baik-baik sahaja buat Aisyah dan keluarga.

Sumber: mStar, Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.