Generasi-generasi X dan Y yang meminati filem-filem Bollywood mesti akan tahu tentang kisah cinta pertama bintang jelita terkenal Aishwarya Rai bersama Salman Khan.
Sebagai manusia biasa, kisah cinta pertama pasti akan meninggalkan memori dalam hidup kita, begitu juga dengan Aishwarya Rai, bagaimanapun kisah cinta pertamanya dengan aktor tersebut berakhir dengan kepiluan.
Dipukul bila minta breakup?
Mengimbau semula kisah cinta pertamanya, Aishwarya Rai menerusi Koimoi.com baru-baru ini menceritakan bahawa saat mereka mula menjalinkan hubungan cinta selepas selesai penggambaran filem yang dibintangi oleh mereka berdua, Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun 1998.
Bagaimanapun, ada gossip mengatakan bahawa hubungan mereka agak pahit apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Ashwarya Rai dipukul oleh Salman Khan, bagaimanapun masih belum ada maklumat sahih.
Namun, selepas melalui bermacam-macam kontroversi, hubungan mereka berakhir pada penghujung tahun 2002. Lapor mStar, ini kerana Salman Khan memiliki sikap cemburu yang melampau.
“Saya dan Salman berpisah pada Mac 2002, tetapi dia tidak dapat menerima hakikat. Selepas kami berpisah, dia akan telefon saya dan maki hamun saya.
“Dia juga ada syak yang saya ada menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pelakon lain. Saya telah dikaitkan dengan semua orang, daripada Abhishek Bachchan hingga Shah Rukh Khan.”
“Ada satu ketika Salman mengasari saya, mujur dia tidak meninggalkan sebarang kesan. Saya pula pergi kerja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.”
Dalam satu temubual bersama akhbar terkemuka lain dari negara tersebut, Aishwarya Rai turut mendedahkan bahawa Salman Khan juga seorang alcoholic, bahkan dia juga sering kali dikasari oleh Salman Khan (fizikal dan mental).
Walaubagaimanapun, menjawab tuduhan tersebut, Salman menafikan segala dakwaan yang diberikan oleh Ashwarya Rai.