in

Air Dalam Badan Kering & Organ ‘Hangus’, 2 Budak Di Kelantan Maut Akibat Strok Haba

Anak Maut Sebab Strok Haba

Ketika minggu raya ini, kita telah dikejutkan dengan berita menyedihkan berkenaan dua orang kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba di Kelantan.

Kes yang pertama melibatkan mangsa, Muhamad Syamil Aqil, 11 dari Kampung Perupok, Bachok yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 9.27 pagi pada Selasa ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

“Jantung dan buah pinggang sudah hangus” – Ibu mangsa 

Menurut ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Wanie, anak sulung daripada tiga orang itu meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi hasil laporan bedah siasat, lapor Utusan Online.

Laporan bedah siasat juga mendedahkan buah pinggang dan jantung anaknya sudah hangus selepas terkena serangan itu.

Strokhba27 1682597395

Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.

“Sebelum kejadian, anak aktif berbasikal pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, pada hari raya ketiga, dia mengalami demam biasa dan cirit birit. Sepanjang tempoh itu saya memantau rapi suhu badan anak setiap satu jam,” katanya.

Tambah Wanie lagi, sepanjang tempoh itu dia memantau suhu badan anaknya iaitu 37 hingga 38 darjah dan tidak terlalu tinggi. Pun begitu, tubuh anaknya dilihat semakin lemah selepas subuh pada hari raya keempat.

Blog

“Susulan itu, saya dan suami terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Secara tiba-tiba anak saya mengalami kekejangan.

“Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir di klinik, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Jenazah anak saya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, selepas Isyak,” katanya.

“Paru-paru sudah kecut semua” 

Kes yang kedua pula melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 7 bulan dari Kampung Kota, Kota Bharu yang meninggal dunia pada Selasa.

Menurut bapa mangsa, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya Nur Imani mulai batuk sejak seminggu lepas dan alami simptom muntah-muntah beberapa hari lepas itu.

61682597504 Tbbayistrokhaba

Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” katanya.

Pun begitu, keadaan anaknya mulai kritikal pada Isnin malam dan mereka telah membawa ke sebuah klinik swasta sebelum menghantar ke hospital, lapor Astro AWANI.

“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.

“Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.

“Doktor bagi balik, saya pun tak tahu… memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah,” katanya.

Namun keadaan anaknya menjadi lebih teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 7.20 pagi, Selasa.

Kedua-dua kes tersebut telah disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini dan punca kematian kedua-duanya masih lagi dalam siasatan.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua anak syurga ini. Semoga keluarga mereka tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: ‘Craving’ Tengah Malam Bertukar Tragedi, Anak Terkena Air Panas Sampai Melecur Badan Masa Rendam Ramen

Lecur

Sumber: Blog
Sumber: Astro AWANI