Pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dekat Kompleks Perumahan UniCITI Alam (KPUA), Kampus Sungai Chuchuh baru-baru ini melancarkan mogok setelah berdepan dengan masalah ketiadaan air sejak dua minggu lalu.
Menerusi beberapa video yang tular, para pelajar dilihat melaungkan kata-kata ‘air, air, air,’ dan ‘kami nak air’ serta ‘nak balik rumah’ secara beramai-ramai.
@princesss_matcha Unimap problem 🫠 Kami nak air je . #unimaptakadaair #unimapperlis #unimapstudent
@syntax2407
Terdapat juga rungutan daripada ibu bapa pelajar yang risaukan keadaan anak-anak mereka di kampus terbabit yang terletak di Perlis.
Hari hantar dorang (pelajar) elok je air laju. Eh tiba-tiba mak ayah dah sampai rumah tak ada air pula.
“Dah dua minggu pula tu nak balik bukan dekat masing-masing, yang dekat boleh la balik ni dari Johor, Selangor, Terengganu, Kelantan,” kata seorang waris di bahagian komen.
Artikel berkaitan: Kerana Tertinggal Kunci Bilik, Pelajar UniMAP Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh Bangunan
Artikel berkaitan: “Air bukan untuk mandi je” – Netizen Bengang Baca Mesej Pensyarah Bila Student Mengadu Tak Ada Air
Selain video itu, ada juga satu video dari pemilik yang sama memaparkan seorang pelajar dibawa menaiki ambulans dipercayai kerana mengalami sawan ketika mogok itu diadakan.
@princesss_matcha Tak dak air sampai ada student pengsan , sawan . Ambulance keluar masuk . #unimap #unimapproblem #fyppppppppppppppppppppppp
Tak dak air sampai ada student pengsan, sawan. Ambulance keluar masuk,” tulis pemilik video.
Video berkenaan ternyata membuatkan ibu bapa di ruangan komen berasa risau dan ada yang meminta agar pihak universiti membenarkan pelajar pulang dan mengikuti kelas online.
UniMAP keluarkan kenyataan
Dalam pada itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UniMAP pada Rabu menjelaskan bahawa pihak UniMAP akan mengambil langkah proaktif untuk pastikan kebajikan pelajar terus terpelihara sepanjang ketiadaan air di KPUA Kampus Sungai Chuchuh.
Kenyataan terbabit juga memaklumkan antara tindakan yang telah dilaksanakan termasuklah pelaksanaan kuliah secara dalam talian bagi pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPK) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Pihak UniMAP juga pada masa yang sama turut menyediakan penghantaran lori bekalan air dan tangki air di setiap blok kediaman selain menyampaikan maklumat menerusi Telegram dan WhatsApp.
Semoga urusan pelajar-pelajar ini dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian, TikTok