Baru sahaja hari pertama, tetapi Aina Abdul dah mula ‘tunjuk taring’ apabila dia diumumkan sebagai lagu terbaik dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38).
Lagu berjudul Jangan Mati Rasa Itu telah membuat Aina Abdul membawa pulang wang tunai bernilai RM 3,000.
Artikel Berkaitan : “Itu di luar kawalan saya” – Ramai Peminat Lelaki Berpakaian Wanita, Aina Abdul Buka Mulut
Artikel Berkaitan : Diinspirasikan Dari Embun Pagi, Netizen Terkesima Tengok Baju Aina Abdul Keluar Asap Masa Perform Konsert
Bukan itu sahaja, Aina juga telah memenangi anugerah PIlihan Alha Alfa hasil undian peminat, ia sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.
Wahhhh tahniah @ainaabdulmusic dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu berjaya merangkul dua kategori Lagu Pilihan Alha Alfa & Lagu Terbaik Muzik Muzik 38 Separuh Akhir Pertama! Wow sheee menang besar ni today! ? Congrats!!!
Dominasi 12 lagu terbaik bermula di sini! ?#SFMM38… pic.twitter.com/02zl7JtMYf
— tv3malaysia (@tv3malaysia) December 15, 2023
Dalam hari pertama ini, SFMM38 menampilkan barisan penyanyi lain iaitu Inilah Jalannya (Masdo), Oh Wanita (Khai Bahar), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz), Tusuk (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan Ft Hazama), Bahagia Milik Kita (Syamel) dan Racun (Elica Paujin Ft Dem Lepak).
Sementara itu, barisan juri menampilkan Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
Sumber : TV3