in

Ain Husniza Dedah Terima Kecaman & Ugutan Rogol Lepas Muat Naik Gambar ‘Matang’ di IG

ain husniza upload gambar matang dikecam

Semenjak kes seorang guru pendidikan jasmani didakwa membuat gurauan keterlaluan mengenai perbuatan rogol tular di media sosial, nama Ain Husniza Saiful Nizam sering menjadi perbualan netizen.

Apa saja yang dilakukan gadis ini mendapat perhatian netizen termasuklah beberapa gambar yang baru dimuat naiknya tidak lama dulu di laman Instagram peribadi.

Muat naik gambar ‘matang’ selepas SPM

Menerusi perkongsiannya itu, Ain dilihat telah memuat naik gambar yang memaparkan dirinya sedang menggayakan pakaian berwarna hitam dan satu lagi gambar memakai uniform sekolah menandakan perbezaan dirinya dulu dan sekarang.

Ain juga menulis kapsyen,

Kali ini saya rasa cantik, jadi terimalah beberapa keping gambar gila ini,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CgOY16QJWHi/

Di ruangan komen, gambar tersebut telah menerima komen positif dari netizen yang memuji kecantikan Ain serta keyakinan dirinya menggayakan pakaian tersebut.

puji ain

“Hanya post satu gambar, saya telah terima banyak ugutan rogol…”

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan apabila Ain mendedahkan di IG story bahawa dia sebenarnya telah menerima pelbagai ugutan rogol dan sebuah forum juga telah dibuat berkenaan dirinya setelah memuat naik gambar-gambar berkenaan.

Menurutnya, ugutan dan DM yang diterimanya itu adalah perkara yang sama dia baca hampir setiap hari.

ugutan 1

Saya rasa macam saya dah lalui banyak perkara. Tak tahu berapa banyak ugutan rogol yang saya telah baca pada saat ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai seorang perempuan, dia sering diingatkan mengenai bahaya yang menanti mereka di luar sana walhal yang perlu ditekankan di sini ialah tindakan ‘pelaku’ yang perlu dilawan dari melakukan jenayah terhadap wanita.

Sebaiknya kita jagalah tutur kata dan janganlah sesekali melemparkan ugutan rogol pada wanita. Itu dah dikira jenayah tu! 

Baca: “Congratulations Ain!” – Diuji Pelbagai Tekanan, Ain Husniza Dipuji Terima Keputusan Cemerlang SPM

ain spm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram