Kalau sebelum ni kita hanya lihat sekeping gambar yang dimuat naik Fathia Latiff yang memaklumkan bahawa secara officialnya dia telah menanggalkan tudung, well nampaknya semalam pelakon Ariana Rose ini telah membuat satu langkah ‘berani’.
Menurut Berita Harian, Fathia Latiff yang hadir ke majlis showcase Soiree Raya Minimalace 2019 ini mengaku tak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi. Dia dengan selambanya tampil berambut pendek dan berbaju kurung bunga dalam majlis tersebut.
“Hidup tak pernah tenang sejak berhijab”
Tambah Fathia lagi, keputusan untuk ‘free hair’ kembali ini dibuat sudah lama, tetapi dia tetap bertudung demi menjaga hati keluarganya. Pun begitu, kali ini hatinya tekad untuk menjadi diri sendiri dan telah pun menanggal tudung sejak Jumaat lalu.
“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.
“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” katanya dalam sesi temubual bersama mStar.
Tak kisah apa netizen nak kata
Seperti yang semua dapat agak, keputusan drastik Fathia ini pasti akan dapat kecaman, kritikan dan sindiran orang ramai terutamanya netizen kat luar sana.
Pun begitu, Fathia tak kisah serta tak mahu memikirkan tentang kecaman tersebut kerana dia sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.
“Lebih baik, saya bersikap jujur daripada hidup berpura-pura. Saya gembira dan merasakan kembali bersemangat untuk hidup apabila melakukan apa yang saya suka.
“Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki,” katanya lagi.
https://www.instagram.com/p/7z38Ciknsk/
“Kenapa tak buka semua… alang-alang telanjang jela” – Netizen
Apapun yang Fathia katakan, ia tidak langsung menghentikan mulut-mulut pedas netizen untuk terus mengecam pelakon berbakat ini. Menurut netizen, perubahan ketara yang dilakukan Fathia ini sangat keterlaluan dan seakan-akan ‘mencabar Allah’. Uish takut pulak min!
Min tak mahu mengeji atau mengkritik tindakan Fathia ini. Tapi dalam isu ini, min nak titipkan doa semoga Fathia menjumpai jalan keluar dari kekusutan yang dia alami. Be strong dan jangan putus harapan pada Allah.