Jika dahulu, pemakaian pelitup muka bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan ramai kerana ia mendatangkan rasa tidak selesa dan sebagainya. Namun, sekarang ini ianya menjadi salah satu daripada aksesori ‘wajib’ dalam norma baharu seluruh dunia.
Selain pelitup muka perubatan yang sering dikenakan, banyak jenama-jenama besar juga turut tidak terkecuali untuk mengeluarkan pelitup muka masing-masing sebagai pelengkap gaya. Sebagai contoh, syarikat fesyen ternama, Louis Vutton turut mengeluarkan pelindung muka yang dijual pada harga RM4,100 di pasaran Malaysia.
Untuk mereka yang inginkan kelainan, ada juga pelitup muka ‘kayangan’ yang dikeluarkan sesuai dengan permintaan. Ada yang bertatahkan berlian, ada yang diperbuat daripada sutera tulen dan macam-macam lagi mengikut kemahuan pengguna.
Di Twitter, wartawan Rituparna Chatterjee telah memuat naik gambar pelitup muka yang diperbuat daripada emas tulen dan difahamkan ianya kepunyaan seorang ahli perniagaan di West Bengal, sebuah negeri di India.
What is the purpose of this? pic.twitter.com/Zy4MqIPNCZ
— Rituparna Chatterjee (@MasalaBai) November 10, 2021
Pada awalnya, tiada apa yang nampak pelik pada topeng pelitup muka berkenaan. Namun, setelah di’korek’ rupanya ada satu kejadian yang berlaku di India baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati ramai.
Menurut laporan media tempatan, topeng emas seberat sekitar 108 gram tersebut telah disiapkan untuk seorang ahli perniagaan tempatan yang tidak didedahkan dan difahamkan mengambil masa 15 hari untuk disiapkan.
Namun begitu, tindakan ahli perniagaan tersebut yang memakai pelitup muka emas ke suatu acara keagamaan ‘Durga Puja’ telah menimbulkan perasaan kurang senang selain orang ramai mula tertarik kepada aksesori berkenaaan.
Difahamkan, akhirnya dia terpaksa membuka dan menyimpan pelitup muka tersebut!
Menerusi komen di Twitter, ada yang mempersoalkan pemakaian topeng berkenaan kerana sudah pastinya ia tidak langsung menghalang kemasukan virus atau zarah kerana mempunyai ruang rongga yang besar.
Selain itu ramai juga yang menyelar ‘pembaziran’ tersebut kerana tidak menghormati mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli pelitup muka.
Min bukan apa, cuma tertarik dengan harga yang perlu dibayar iaitu Rs 5.70 lakh iaitu bersamaan dengan RM 236,700 sedangkan, kalau tengok harga pasaran emas, 1 gram adalah RM251.08. Berat pelitup muka berkenaan katanya 108 gram, jadi sepatutnya hanya RM27,116.
Tapi mungkin jugak orang yang buatkan topeng ni kenakan cas-cas lain kot. Kita mana tahu~
Baca : Berharga RM38k, iPhone 13 Pro Max Ini Tampil Dengan Gigi T-Rex Sebenar