Ahli paranormal baru-baru ini telah menarik perhatian netizen apabila dia ke rumah usang yang terletak di Perak. Rumah yang mempunyai reka bentuk tradisional Melayu ini dikatakan mempunyai misterinya tersendiri.
Menerusi TikTok miliknya, tujuan dia ‘terjah’ ke rumah tersebut adalah kerana satu permintaan daripada individu yang dikatakan waris pemilik asal rumah tersebut.
Artikel berkaitan : Misteri Kehilangan Gya Natasya Terungkai, Ibu Kongsi Kisah Bagaimana Anak Dijumpai
Artikel berkaitan : “Masih lagi misteri” – Insiden Gegaran & Bunyi Dentuman Di Ipoh Belum Dapat Dikenal Pasti
“Nenek saya penari Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar. Jadi dalam rumah tu ada banyak barang antik seperti katil, piring hitam, tombak dan banyak lagi. Semua tembaga.”
“Nak dijadikan cerita, selepas datuk dan nenek meninggal dunia, rumah tu dibiar begitu saja. Anak-anak pun tak berani nak ambil.”
“Sebab bapa saudara saya pernah ambil bunga pacak yang diletakkan di kepala dan talam tembaga. Balik ke rumah malam tu belakang badannya dicakar-cakar, berdarah. Kemudian dia menghantar semula barang-barang yang diambil ke rumah itu.”
@puteramiloo ADAKAH ANDA BERSEDIA NAK MENYAKSI KAN LIVE SAYA MERUNGKAI LOKASI INI ATAS PEMINTAAN PIHAK WARIS .. INI CERITA YANG DISAMPAI KAN OLEH WARIS TERSEBUT .. JANGAN LUPA BERAMAI2 MENANTI KAN SAAT LIVE SAYA DI ( RUMAH PUSAKA NENEK ) NANTI #kualakangsar #BapakBeruang #SoloExploreMilo #fyp #TeamBeruang
Jelas waris tersebut lagi, rumah tersebut ada penunggu dan ada sahaja orang yang ambil kesempatan untuk cuba mengambil barang antik yang disimpan oleh arwah neneknya, bagaimanapun mereka akan pulang semula selepas alami gangguan mistik.
Kata ahli paranormal yang dikenali sebagai Milo itu kepada mStar Online, dia melakukan misi ke rumah tersebut bersama seorang ustaz dan dia alami gangguan yang kurang menyenangkan ketika dia ke sana.
“Kami sampai di lokasi pada pukul 11 malam. Tengah setup kamera untuk buat live di TikTok dekat luar, terus terdengar bunyi barang jatuh dekat dalam.
“Memang terkejut. Seolah-olah ‘dia’ tak suka kami datang, baru saja bagi salam, dah jatuh lagi barang. Kami tetap teruskan masuk. Tapi agak kecewa apabila line teruk sangat hingga siaran langsung tersekat-sekat.”
“Dalam rumah tersebut ada cucuk sanggul, piring hitam, lampu pelita minyak tanah, radio lama dan banyak lagi.”
“Hampir sejam berada dalam rumah, saya terdengar suara bisikan seolah-olah berkata ‘pergi!’. Viewers live pun dengar dan kata macam suara seorang nenek… Wallahualam.”
Kata Milo, dia sempat berada di dalam rumah tersebut selama sejam, biarpun tiada sebarang kelibat kelihatan, dia ada terdengar bunyi bisikan dan bertekad untuk ke rumah tersebut lagi pada masa akan datang.
Tambahnya, sepanjang 2 tahun dalam bidang paranormal, ini adalah pengalaman yang paling lain dia alami. Namun, dia berpesan agar kita tak perlu takut kerana masing-masing merupakan makhluk ciptaan-Nya.
Sumber : mStar Online, TikTok