Bila sebut ahli bomba, ramai sudah terbiasa memikirkan mereka hanya membantu memadamkan api bangunan atau rumah yang sedang dalam kebakaran. Tetapi mereka juga manusia biasa seperti kita semua, mereka punya perasaan simpati kepada makhluk Tuhan yang lain.
Seperti kisah ini yang sangat menyentuh hati orang ramai selepas menonton video seorang ahli bomba menyelamatkan seekor anak kucing yang dijumpai di dalam sebuah rumah terbakar.
Cory Kalanick seorang ahli bomba dikatakan sering memasang kamera GoPro di topinya dan merakamkan situasi ketika dalam tugasan.
[sociallocker id=1666]
Pada suatu hari, beliau bersama rakan-rakan yang lain ditugaskan ke sebuah rumah yang terbakar di Fresno, California. Video menunjukkan beliau memasuki ke dalam rumah itu yang dipenuhi asap yang agak tebal untuk mencari mangsa yang terperangkap.
Ketika mencari mangsa di dalam rumah, beliau terjumpa seekor anak kucing di salah satu bilik. Anak kucing itu kelihatan sangat lemah dan seperti sudah tiada harapan untuk hidup.
Namun, tanpa berfikir panjang Cory terus mengambil anak kucing itu dan memberi isyarat kepada rakan setugasnya bahawa beliau ingin membawa anak kucing itu keluar dari rumah.
Beliau membawa anak kucing itu ke tempat yang selamat dan mengambil sebuah beg berisi peralatan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anak kucing tersebut.
[/sociallocker]
Selepas meletakkan anak kucing itu di atas sarung tangan miliknya, Cory terus memberi bantuan oksigen sambil menyejukkan badan anak kucing itu menggunakan air.
Boleh dilihat di dalam video itu bagaimana Cory tidak berputus asa dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak kucing yang dijumpainya itu.
Selepas 15 minit mencuba, kucing itu berjaya diselamatkan. Menyedari ia dalam ketakutan dan masih lemah, Cory terus mengangkat dan memeluknya.
Kucing itu kemudian diberi nama ‘Lucky’ yang bermaksud bertuah atau bernasib baik.
Tonton video penuh di bawah: