in

“Ahh ingatkan homeless” – Caprice Sindir Mondy, Buat Live TikTok Dengan Ibu Bapa Di Indonesia?

Caprice Sindir Mondy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa minggu lalu kecoh di media sosial selepas ada yang mendakwa seorang janda bertatu dari Indonesia yang dibantu oleh Ebit Lew bukanlah seorang gelandangan tetapi seorang model dan personaliti di TikTok.

Antara yang lantang bersuara mengenai isu itu ialah penyanyi rap, Caprice dan terbaharu dia dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan sedutan TikTok Live Mondy yang dipercayai telah berada di Indonesia.


Menerusi hantaran itu, Caprice turut ‘berterima kasih’ kepada rakyat Malaysia yang membantu ‘gelandangan model’ berkenaan selain turut menulis tagline yang sering digunakan Ebit Lew.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi video itu, Mondy sedang berinteraksi dengan netizen yang hadir dalam livenya dan memberitahu individu-individu di belakangnya adalah ibu bapanya. Dalam sedutan live itu juga, Caprice dilihat meninggalkan komen yang menyindir Mondy.

“Ahh, ingat Mondy ni homeless…rupa-rupanya ada keluarga di sana,” tulisnya.

Screenshot 2023 06 27 165502

Perkongsian Caprice telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya terhibur dengan sindiran Caprice namun ada juga yang tidak bersetuju dengan sikapnya.

Terdahulu, Ebit Lew tampil mempertahankan Mondy dengan mengatakan bahawa wanita itu mencacah sendiri tatu pada badannya, manakala pendakap gigi yang dipakai TikToker itu adalah yang palsu dan murah.

Baca: Ebit Lew Jelaskan Mondy Hanya Pakai Pendakap Gigi Harga RM15 & Buat Sendiri Tatu
F1 Ebit Lew Mondy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.