Konflik rumah tangga influencer TikTok, View Chin masih menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial walaupun sudah beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.
Baru-baru ini, bekas isteri View Chin meluahkan rasa kurang senang dengan dakwaan segelintir netizen yang menyatakan bahawa isu curang yang berlaku kepada pasangan terbabit hanyalah sekadar gimik atau marketing syarikat mereka.
Menerusi hantaran Facebooknya, Ah Moi mengatakan akan mendedahkan semua bukti berkaitan konflik rumah tangga mereka di mahkamah kelak, berdasarkan atas nasihat peguamnya.
“Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak dedah ke? Yes, semua bukti tu akan tunjuk kat court nanti, so lawyer cakap jangan post lagi di media sosial,” tulisnya.
Dakwa perceraian tidak sah
Mengulas lanjut, Ah Moi memaklumkan penceraiannya dengan View Chin tidak sah dan dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada bekas suaminya dan Mira.
“Cerai ni tidak sah, I akan take legal action kepada dia dua orang, so cerai punya pasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang! Sekarang I take legal way to settle, I diam bukan maksud I lemah tau!” tegasnya.
Dalam pada itu, Ah Moi juga menyelar tuduhan segelintir netizen yang mendakwa bahawa dia sengaja membangkitkan isu semata-mata untuk marketing sehingga sanggup mendedahkan mengenai perbuatan tidak senonoh bekas suaminya dengan staf mereka.
Ah Moi memberitahu bahawa dia dan View Chin kini tengah mengasingkan syarikat termasuk juga kakitangan.
Pada masa sama dia memaklumkan bahawa, walaupun mereka telah berpisah tetapi View Chin tetap ayah kepada anak-anaknya dan sebab itu dia memberi peluang kepada lelaki itu untuk bertemu mereka.
Difahamkan, usahawan terbabit telah dilamar untuk menjadi duta produk dan sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat produk kecantikan.
Baca: ‘Update’ IG Story Di Tangga, View Chin Dah Balik Ke Pejabat