in

“Agensi kerajaan akan disiasat kerana rasuah” – Tun M

Hashim Apandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan siasatan ke atas agensi kerajaan kerana rasuah. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sesiapa yang didapati bersalah akan menerima hukuman mengikut undang-undang.

Dr Mahathir juga berkata akan siasat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Tujuan kami adalah untuk mencari mereka yang telah menunjukkan kecenderungan untuk menerima rasuah atau yang telah melakukan perbuatan rasuah.”

Apandi Ali Tabung Haji

Beliau juga turut mendakwa bahawa Peguam Negara telah ‘melemahkan kredibiliti sendiri’ dengan menyembunyikan bukti kesalahan. Selain itu, kerajaan juga akan ‘mengkaji’ sama ada SPRM menjalankan tugas dengan adil atau tidak.

Ianya salah di sisi undang-undang.”

“Jika kami dapati ada yang berat sebelah atau memihak kepada mana-mana kumpulan, termasuk diri kita, kami akan tukarkan mereka.”

Sementara itu, Pengerusi SPR jugak tidak akan terlepas dari disiasat jika beliau berat sebelah atau terlibat dalam amalan rasuah. Jika sekiranya Hashim didapati bersalah, tindakan akan dikenakan ke atasnya.

Hashim
sumber: fmt

Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan bahawa perkara ini tiada kena mengena dengan membalas dendam, dan setiap tindakan ke atas ketua agensi akan dijalankan mengikut hukum undang-undang negara.

“Kita perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk mengetahui sama ada apa yang kita lakukan mematuhi undang-undang negara.”

Baca: ‘Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB’ – Tun M

Ptj02 171016 Peguam Negara

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.