Tidak kira anjing atau kucing, kedua-duanya adalah makhluk tuhan yang mempunyai sifat penyayang. Semua agama pasti ada menekankan perkara ini.
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan ataupun digelar pencinta haiwan, perasaan sayang terhadap haiwan itu lain macam kan. Namun ada sesetengah yang berpaling pada sifat tersebut, apa yang lagi sedih mereka bersifat kejam terhadap haiwan.
Terbaru, menerusi Twitter Mohammad Syahmi Ifwat, dia kongsikan kebaikan adiknya yang bernama Muhammad Nur Hazim yang rela menjaga seekor anjing yang dipercayai ditinggalkan oleh jiran yang melarikan diri dari rumah sewanya.
Difahamkan, anjing yang ditinggalkan itu buta. Jika biarkan dia terlepas dari pagar mesti dia akan masuk longkang.
so proud with my own brother..jiran sebelah lari tinggalkan rumah sewa and biarkan anjing diorang macam tu je..paling sedih anjing tu buta , kalau terlepas dari pagar rumah mesti jatuh masuk longkang..setiap hari tunggu tuan dia balik..nasib ada adik jagakan..?? pic.twitter.com/rdnQSEyzv2
— Shamixx Jeffry (@shami_ifwat) April 29, 2020
Turut dikongsikan, anjing itu setiap hari akan duduk di depan pintu rumah dengan harapan tuannya akan pulang.
Dari pagi sampai ke malam dia duduk dan baring di hadapan pintu itu sahaja tanpa makan, kini adik Syahmi pula jadi tempatnya bermanja.
setiap hari duduk kt depan rumah tuan dia mengharap tuan dia balik ?? itu la tempat dia tiap2 hari duduk baring macam tu dari siang sampai la malam ?? and now adik pulak dah jadi tempat dia nk bermanja ..tula sayangnya tak boleh nak bela..hopefully ada la yang sudi jaga ?? pic.twitter.com/9Zx0yq60LY
— Shamixx Jeffry (@shami_ifwat) April 29, 2020
Syahmi turut memaklumkan pada Lobak Merah, apa jenis haiwan pun mereka masih makhluk tuhan dan berhak disayangi dan dilindungi lebih-lebih lagi haiwan peliharaan.
Tidak mana-mana agama pun, yang membezakan layanan kita sebagai manusia terhadap haiwan. Malah kita sebagai manusia sepatutnya melindungi dan menjaga haiwan ini kerana mereka lemah” – Mohammad Syahmi Ifwat
Rata-rata netizen kagum dengan sikap adiknya itu dan merasakan sedih melihat keadaan anjing tersebut
Nasib ada orang baik tolong dia
So sweet of your brother!
Mulianya hati adik ni, betul Islam tak kasi kita bela anjing, tapi tak cakap pun tak boleh bantu kan..