Baru-baru ini, media melaporkan ada penyanyi meluahkan kekecewaan terhadap industri muzik tanah air apabila terdapat beberapa pihak mengangkat influencer media sosial yang menceburi bidang tersebut.
Kata penyanyi itu, ia tidak adil memandangkan dia sendiri tidak melalui jalan mudah bergelar penyanyi.
Artikel berkaitan: “Mereka yang terasa” – Buat Video Jaga Kaunter Klinik, Ryan Bakery Nafi Sindir Staf Kesihatan
Artikel berkaitan: “Menjadi salah satu sebab saya berjaya” – Ryan Bakery Kenang Jasa Isteri Masa Susah
Bagaimanapun pencipta kandungan popular, Ryan Bakery yang menyertai program realiti Famili Duo musim baharu bersama adiknya, Adam Bakery berkata tidak gentar dengan tanggapan golongan influencer yang melibatkan diri dalam bidang nyanyian sebagai perosak industri muzik.
Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, sebaliknya berkata, perkara itu adalah satu bentuk rezeki dan berharap artis-artis sedia ada mampu menerima kehadiran influencer jika mereka memang berbakat.
“Saya tak takut sebab bagi saya itu pendapat diutarakan itu mungkin ditujukan pada influencer yang tiada bakat, tapi kalau boleh menyanyi takkan tidak boleh bagi peluang?
“Sama juga macam artis lain, ada juga guna platform media sosial untuk buat content, jadi kenapa kami tak boleh nak cuba benda baru.
“Itu semua rezeki, berilah ruang kalau seseorang itu ada kualiti untuk mencuba,” katanya.
Menurut Ryan, pada asalnya mereka hanya sekadar mahu mencuba dan tidak menyangka akan berentap dengan selebriti ternama. Namun, itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk meneruskan pertandingan.
“Kita bukanlah nak merosakkan industri muzik, tetapi kita hanya mahu mewarnai saja,” ujarnya.
Sebelum menyertai Famili Duo, TikToker itu berkata sudah pun membuat persediaan dengan menyertai kelas vokal.
Apapun, yang penting mereka yang berbakat diangkat dan dinilai selayaknya…
Sumber: mStar, Berita Harian