in

“Agak-agaknya siapa” – Pengasas Dedah Selebriti Malaysia & Individu Berpengaruh ‘Sign Up’ Sugarbook

Ft Sugarbook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Chan Eu Boon, 34, pengasas Sugarbook berkata terdapat individu berpengaruh yang turut mendaftar di aplikasi tersebut. Menurut The Star, Chan turut mendakwa ada selebriti tempatan yang ‘sign up’ aplikasi itu namun enggan mendedahkan nama mereka kepada pihak berkuasa.


Sugarbook1

Lebih dikenali sebagai Darren Chan, dia memberitahu VICE bahawa isu itu dipandang serius kerana membabitkan perihal data serta privasi. Malah, dia sendiri telah memilih untuk ‘menutup mulut’ apabila berkali-kali ditanya pihak berkuasa.

Saya dapat lihat kenapa orang mahu saya mendedahkan nama sugar daddy dalam laman kami tetapi saya pandang serius perihal data dan privasi dan tak akan berkompromi dengan identiti peribadi seseorang.”

Pihak berkuasa telah meminta nama dan alamat ahli premium kami tetapi saya berulang kali menolak untuk mendedahkan sebarang maklumat.”

Darren turut menolak dakwaan bahawa Sugarbook mempromosikan pelacuran sebaliknya merupakan laman web temu janji dalam talian. Katanya, dia kini sedang fokus untuk mengembangkan perusahaannya di luar negara dan sedang mempertimbangkan untuk memasuki pasaran Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Tokyo.

Sugarbook2

Didakwa di mahkamah pada 25 Februari selepas menerbitkan sebuah posting mengenai ‘Top 10 Sugar Baby Universities in Malaysia’, Darren mengaku tidak bersalah menerbitkan ia dengan tujuan menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Darren berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baca: Penuntut IPT Buat Laporan Polis, Founder Sugarbook Ditahan Semula Berhubung Kes Rogol & Tawar Khidmat Seks

Sb

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.