Tak semua perkara harus dipolitikkan, kalau ya sekalipun harus menggunakan info yang sahih dan ada kaitan dengan isu yang sedang terjadi, tapi ramai yang suka bagi info tak betul dan cuba kaitkan dengan hal politik semata-mata nak raih perhatian di alam maya.
Hapus kebun sayur orang miskin?
Ada seorang warganet ini cuba menzahirkan kemarahannya dengan memberikan info yang tak betul, isu itu berkenaan dengan Cameron Highland.
Dia meletakkan satu video dimana ada pihak berkuasa tetas semua hasil tanaman sayuran yang didakwa menindas golongan miskin di situ.
Tapi, difahamkan, ia adalah kebun yang dinaikkan secara haram, semua tanaman sayur sawi itu dibuat berdekatan dengan kawasan tadahan air sehingga boleh mendatangkan bahaya akibat pembiakan bahan kimia yang boleh mencemarkan air tadahan itu.
Dah nampak orag bodoh – Netizen
Pagi-pagi lagi dah nampak orang bodoh backup pekebun haram who harm the land and people. The place is very close to water catchment area so at least a total of 3 months worth of fertilizer and god knows what chemicals have been contaminating the area https://t.co/mfrFTJMXUk
— ✊??EdPsy Ash??||?+?||❌? (@arcx13) December 24, 2019
Sikap hentam tuli individu inilah yang mengundang kemarahan dan kecaman netizen kerana melontarkan tohmahan kepada pihak berkuasa hanya disebabkan marah dengan satu parti politik dan kaitkan hal yang tiada kena mengena di media sosial.
“Bodoh tu jangan tunjuk sangat”
Zaman-zaman alam maya ni, memang senang nak dapat info, apa kata gunakan kecanggihan tu untuk kaji selidik daripada gunakannya untuk mengecam orang.