Kehangatan kelayakan Piala Asia masih menjadi bualan sehingga ke hari ini, banyak insiden yang berlaku dan tular berkaitan dengan perlawanan sukan bola sepak tersebut.
Selain daripada kejayaan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia, ada lagi perkara-perkara lain yang membuatkan topik itu semakin menarik minat netizen.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, kecoh di laman TikTok apabila seorang anggota polis wanita menjadi perhatian penonton perlawanan kelayakan Piala Asia di antara Harimau Malaya dan Bangladesh kerana kecantikannya.
@acabeleyh kenapa polis malaysia semua cantik cantik erk ? pape pun TAHNIAH malaysia menang 4 – 1 kita pergi ASIA ! #fyp #harimaumalaya
Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @acabeleyh itu setakat ini menerima lebih 3 juta tontonan serta hampir dua ribu komen.
“Kenapa polis Malaysia cantik-cantik ek?”
Video pendek itu menarik perhatian ramai netizen sehinggakan ramai yang mempersoalkan jika ‘akak polis’ itu sudah berpunya ataupun tidak. Malah, tidak kurang juga netizen yang berseloroh mengatakan anggota polis itu merupakan kenalan atau keluarga mereka.
Korang ni, laju je mata eh!
Baca: “Takkan nak salahkan hujan” – Stadium Bukit Jalil Mungkin ‘Diharamkan’ Dari Kejohanan Peringkat Asia