Selalu kita tengok di jalan raya bila ada kemalangan pasti akan ada orang yang berhenti dan menghulurkan bantuan. Walaupun niat ini murni, tapi janganlah sampai boleh membahayakan nyawa dan menyusahkan diri dan orang lain pula.
Satu video insiden kemalangan motosikal, difahamkan berlaku di negara jiran, Indonesia telah viral di internet. Tapi, punca ia tular bukanlah sebab kemalangan itu sendiri tapi senario lucu yang menimpa orang awam yang cuba membantu.
Dikongsikan oleh laman instagram @ndorobei.official, video yang dirakam oleh pemandu kereta dilihat berhenti di belakang beberapa motosikal yang berhenti kerana ada kemalangan berlaku di hadapan. Dapat dilihat, ada sebuah motosikal lain sudah jatuh melintang di atas jalan.
Seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil dibonceng isterinya turut menyaksikan kemalangan terbabit lalu segera berhenti dan turun dari motosikal untuk membantu.
Pun begitu, niat murni lelaki berkenaan telah mengakibatkan si isteri yang membonceng terjatuh bersama motosikal mereka kerana wanita itu tidak mampu menahan berat kenderaan terbabit. Sudahnya, orang lain pula tolong si isteri bangun dan angkatkan motor.
Korang boleh tengok video kat bawah ni:
https://www.instagram.com/p/CbzmuRKph8U/
“Bertambah sudah mangsa kemalangan,” – netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial tepuk dahi melihat telatah pasangan terbabit. Tak kurang juga ada yang menyuarakan rasa simpati kepada si isteri yang tak pasal-pasal tergolek bersama motosikal.
“Aku udah nangis ini, nangis menahan malu,” tulis netizen.
“Pasti sampe rumah si ibu bilek : “bapak jujur ya, tadi itu siapa yg mau ditolongin! Kok bisa sampe aku dilupakan!” komen netizen lain pula.
Sumber: Berita Hits
Baca: “You sapa ask my ID??” – [Video] Mabuk Terbabas Di Lebuhraya MEX, Marah Polis Ingin Bantu Kemalangan