Di Malaysia jarang untuk kita melihat anjing jalanan yang besar. Sekiranya ada, tidaklah sehingga menghidap obesitii.
Namun di negara Rusia terdapat seekor anjing jalanan yang gemuk sehingga obesiti yang dipercayai mencecah berat 100 kilogram!
Anjing jalanan yang dikenali sebagai Krugets itu sangat gemuk dan hampir tidak dapat bangun kerana mengalami sakit sendi yang teruk akibat obesiti.
Artikel berkaitan: Anjing Peliharaan Dipuji, Terima Parcel Bagi Pihak Tuan Ketika Tiada Orang Di Rumah
Artikel berkaitan: Gunakan Anak Anjing Sebagai Umpan Harimau, Perhilitan Tampil Beri Jawapan
Dikatakan tiada siapa yang tahu bagaimana ia boleh menjadi begitu berat dan hanya mampu terbaring saja.
Sukarelawan yang menjumpai Krugets berpandangan anjing itu berkemungkinan mengalami obesiti melampau kerana berkeliaran di pasar yang sibuk dan orang ramai sering membuang sisa makanan anjing.
Mereka turut membuat pemeriksaan terhadap anjing tersebut. Di hospital veterinar, tiada sangkar yang cukup besar untuk memuatkan Krugets.
Krugets juga tidak boleh bergerak dan terpaksa ditolak menggunakan kereta sorong.