in

“Adira nampak perubahan saya” – Datuk Red & Adira Akan Bersatu Kembali?

Adira 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Datuk Red kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas isteri dan juga penyanyi, Adira Suhaimi. Mereka juga dalam proses merancang untuk berkahwin semula pada tahun hadapan.

Adira 1
Sumber: nst

Adira nampak perubahan Datuk Red

Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan, Adira telah memberikannya peluang selepas dia melihat Datuk Red berusaha keras untuk berubah ketika dalam tempoh idah sebelum ini, lapor mStar.


Artikel berkaitan: “Saya tak ada rumah” – Adira Kasihan Datuk Red Buat ‘Live’ Dalam Kereta, ‘Call’ Bagi Guna Studio Di Rumah

Artikel berkaitan: “Memang dah tiada harapan” – Datuk Red Akur Kalau Terpaksa Cerai Isteri Pertama

Ya! Saya dan Adira kembali bersama, apa yang orang ramai tengok dalam siaran langsung saya itulah sebenarnya. Adira kata mahu beri saya peluang selepas nampak perubahan saya.

Pun begitu, mereka berdua tidaklah terburu-buru untuk meneruskan langkah seterusnya namun, masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Sudah berbincang dengan keluarga

Adira yang banyak membantu Datuk Red untuk bangkit semula, telah merancang bersama keluarga untuk perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

Selepas raya Aidiilfitri tahun depan, InsyaAllah kami akan ke langkah seterusnya, saya pun sudah berbincang dengan abang Adira mengenai perkara ini. 

Hubungan mereka semakin baik selepas Adira menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu dari negara seberang berjudul ‘Tutur Batin’ nyanyian Yura Yunita dan dari situlah, timbul perasaan suka.

Dari situ bibit-biti perkenalan kami.. biasalah dia sayangkan saya. Saya pula sekarang saham sedang meningkat naik.

Walaupun mereka sudah tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing, Adira dan Datuk Red masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

Sebelum ini, Adira dan Adnan disahkan bercerai talak satu pada 24 April lalu setelah mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurnakan empat cahaya mata.

Kita doakan yang baik untuk mereka berdua!

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.