in

“Adibah masih terkejut” – Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Suami Miera Liyana Cerai Isteri Pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga di antara suami pelakon Miera Liyana, Rosland Othman dengan isteri pertamanya, Adibah Abd Mutallib akhirnya bertemu titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu pagi tadi.

Menurut mStar, Rosland, 50, telah melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali pada jam 10.50 pagi tadi (Khamis).


Rosland Othman Group Md Ceo Scib Sarawak Consolidated Industries Bhd Tem1364

Sebelum lafaz cerai dibuat, hakim telah membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat kedua-dua belah pihak pada 13 Julai lepas.

Antara alasan Rosland memilih untuk bercerai adalah kerana tiada persefahaman dan tawar hati dengan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

“Adibah masih terkejut” 

Dalam pada itu, menerusi Hlive, Adibah yang ditemui media di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen berhubung perceraian tersebut.

Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Junid Ramli, pihak mereka akan meneruskan prosiding mahkamah bagi kes hadanah dan perkara lain yang berkaitan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen.

“Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rosland tidak memberi sebarang komen dan dilihat bergegas pulang tanpa menghiraukan pemberita.

Ibu Miera Liyana, Aisyah Abdullah juga dilihat turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland telah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan berkenaan mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Rosland kemudian berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan kini mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia 2 tahun.

Kita doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak. 

Baca: “Beri RM 15K sehingga RM 20K sebulan” – Suami Miera Leyana Nafi Abai Nafkah Isteri Pertama

Miera

Sumber: The Edge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.