Perkongsian Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar mengenai prestasi anak-anaknya sering menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tentang salah seorang anak kembar lelakinya iaitu Sheikh Adam yang baru-baru ini telah menerima pelbagai anugerah cemerlang di sekolahnya.
Sheikh Adam yang berumur Darjah 1 telah dinobatkan sebagai Ikon Murid Cemerlang SK, menduduki tempat pertama di sekolah rendah agama (SRA) dan juga menerima anugerah Tulisan Tercantik 2024 di sekolahnya.
Artikel berkaitan: “Permata Pintar, TKC & KYS”- Dilema Nak Pilih, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Dapat 3 Tawaran Sekolah Serentak
Apa yang menarik bagi Dr Sheikh Muszaphar, dia pertama kali mendengar anugerah tulisan tercantik namum tidak terkejut jika Adam menerima anugerah tersebut.
“Gelak sekejap, pertama kali dengar anugerah tulisan paling cantik di sekolah. Tidak mengejutkan kerana Adam telah belajar menulis tulisan kursif sejak berusia enam tahun.
“Tidak pasti mana dia belajar, selalu kena marah dengan cikgu,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi rahsia kecemerlangan anak lelaki sulungnya.
“Adam telah menangi banyak anugerah dengan mudah, dia tidak pernah mengulangkaji dan sering bergurau.
“Namun apa rahsianya? Dia seronok belajar, mempunyai rasa ingin tahu setiap masa, selalu bertanya.
“Kudos Adam, semoga berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.
Untuk pengetahuan korang, tulisan kursif atau tulisan berangkai merujuk kepada gaya tulisan tangan yang mana huruf-huruf dalam satu perkataan disambungkan antara satu sama lain.
Kanak-kanak yang mempelajari tulisan ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus serta koordinasi anggota mata dan tangan.
Tahniah Adam menang tulisan tercantik. Mesti cantik dan kemas tulisan tu kan!
Sumber: Instagram