Bulan lepas Australia baru saja berdepan dengan kebakaran dahsyat yang berlaku di hutan belukar mereka sehingga mengorbankan nyawa dan berbilion haiwan.
Kemudian tak sempat isu kebakaran reda, muncul pula taufan yang membadai bahagian barat laut negara tersebut. Allahu… Dan kali ini seperti tiada penghujungnya, Australia kembali diuji dengan hujan batu yang bersaiz bola golf!
Hujan batu landa barat laut Australia, musnahkan harta benda awam
Menerusi perkongsian Twitter CNN International, Australia kini sedang berhadapan dengan perubahan cuaca buruk apabila negara tersebut ditimpa hujan batu dan ribut debu yang hebat.
Difahamkan cuaca itu telah mengancam keselamatan penduduk di tenggara Australia apabila hujan bersaiz bola golf ni telah melanda beberapa tempat sehingga merosakkan harta benda awam.
Antara tempat terjejas ialah seperti Queensland, Victoria, NSW dan wilayah ibu kota Australia. Kini hujan batu tu pulak katanya sedang menuju ke bahagian timur bandar di Sydney, Wollongong dan Newcastle.
Golf-ball sized hailstones rain down on parts of southeastern Australia.
The white balls of ice were large enough to smash car windows and injure birds: https://t.co/LcFk150dxG pic.twitter.com/sTMXoQ0UYo
— CNN International (@cnni) January 20, 2020
“Hujan batu terbesar yang saya pernah tengok. Pokok terpotong, windscreen pecah dan burung mati”
Malah penduduk di Australia juga sempat berkongsi pengalaman yan dialami mereka di Twitter. Menurut salah seorang netizen, hujan batu ni telah mengakibatkan sejumlah haiwan seperti burung mati dan harta benda macam windscreen kereta pecah.
https://twitter.com/RobLanfear/status/1219090211876921344?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1219090211876921344&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.vitdaily.com%2Fselepas-kebakaran-dasyat-australia-ditimpa-hujan-batu-bersaiz-bola-golf%2F
https://twitter.com/RobLanfear/status/1219131012698923009
Perubahan cuaca mendadak, adakah Tuhan sedang memberi pengajaran?
Rata-rata rakyat Australia yang melihat posting di atas meluahkan rasa risau atas apa yang sedang berlaku kepada negara mereka kini. Ada pula yang mula berfikiran perkara ni terjadi kerana kemurkaan Tuhan kepada mereka. Hmm min pun tak tahu nak cakap apa…
Marilah kita doakan semoga perubahan cuaca ini hanya untuk seketika saja. Harapnya rakyat Australia bertabah dengan apa yang berlaku.