in

“Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?” – Abang Tesla Tanya Soal ‘Hati’ Dekat Ustaz

Ft Abang Tesla Isteri Makan Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh Abang Tesla kini menjadi tumpuan netizen apabila tular video dia bertanyakan kepada seorang ustaz tentang isu-isu hal rumah tangga. Netizen tertarik dengan persoalan daripada Abang Tesla kerana ia berkenaan dengan isu yang kurang enak dalam rumah tangga.

Soalan berkisar tentang nafkah dan pasangan yang makan hati itu telah meraih lebih daripada 650K jumlah tontonan dalam masa 21 jam ia dimuat naik.


Artikel berkaitan : “Aku diam korang menjadi-jadi pulak” – Abang Tesla Nak Saman 3 Individu Masuk Campur Hal Rumah Tangganya 

Artikel berkaitan : “Semua salah datang dari saya” – Abang Tesla Mohon Netizen Hanya Kecam Dirinya, Jangan Serang Isteri-isteri

“Semua saya dah bagi lengkap. Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?? Jom kita tanya ustaz.”

Dalam video tersebut dilihat Abang Tesla membuat pertanyaan kepada ustaz tentang perasaan isteri dan katanya dia sudah memberikan kelengkapan yang cukup namun begitu isteri seolah-olah tidak bahagia kerana dikatakan ‘makan hati’.

“Adakah berdosa saya, soal hati ini macam mana ustaz, orang cakap hati ni termasuk dalam nafkah batin.”

Kata ustaz tersebut, biarpun dia tidak berada di tempat Abang Tesla, dia nyatakan bahawa ia bergantung kepada niat Abang Tesla. Bahkan, ustaz tersebut menjawab bahawa soal hati ini hanya Allah sahaja yang tahu, boleh tengok video ini untuk penjelasan penuh, ia juga mungkin memberi manfaat kepada kita.

@abg.tesla

Semua saya dah bagi lengkap. Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?? jom kita tanya ustaz @NH Holidays travel & tours #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian di TikTok isteri pertamanya, Nurmajdina, dilihat dia ‘repost’ perkongsian kata-kata luahan yang seolah-olah sedang ‘makan hati’, biarpun mereka tidak mengesahkan bahawa perkongsian itu ditujukan kepada siapa, menerusi ruangan komen, netizen seolah-olah dapat hidu bahawa ia ditujukan untuk satu sama lain.

Hurm, kalau lah betul, harap dapat lah selesaikan isu ini, tak elok hal rumah tangga dibawa ke media sosial.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.