Belum lagi selesai kes seorang guru didakwa memuat naik hantaran jelik terhadap mangsa nahas bas penuntut UPSI semalam, muncul pula satu isu baru.
Seorang lelaki telah dikecam hebat netizen selepas memuat naik video dia menafikan dirinya merupakan salah seorang mangsa nahas tersebut kerana dikatakan kononnya wajahnya seiras dengan Allahyarham Muhammad Adib Hazim.
Boleh tengok video penuh sini.
Dalam video itu juga, kelihatan reaksi individu tersebut yang seperti terkejut, menafikan dirinya Allahyarham Adib dan meletakkan beberapa screenshot mesej WhatsApp yang memaparkan ucapan takziah yang diterimanya.
Di hujung video, individu ini juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan 15 orang pelajar UPSI itu.
Artikel berkaitan: JPN Arah Siasat Guru Muat Naik Hantaran Jelik Kematian 15 Pelajar UPSI
Artikel berkaitan: Peguam Selar Kenyataan Individu Mengenai Kematian Penuntut UPSI Sebagai ‘Tidak Beriman’ dan Masih Berhutang PTPTN
“Adab mana adab?”
Video tersebut walau bagaimanapun telah menerima kecaman hebat netizen yang menganggap ia tidak sesuai dimuat naik, tambahan pula ketika keluarga mangsa sedang bersedih dengan isu itu.
Individu ini kemudian membuat penjelasan di Instagram akan tujuannya memuat naik hantaran tersebut di media sosial.
Menurutnya, dia hanya ingin menjelaskan bahawa dia bukanlah mangsa dalam tragedi itu kerana sebelum ini dia menerima pelbagai mesej daripada kawan-kawan yang menganggap mangsa itu adalah dirinya.
Menerusi hasil carian penulis, video ini juga sudah dipadam daripada Instagram.
Daripada kita bercakap yang bukan-bukan, sebaiknya kita sedekahkanlah Al Fatihah buat mangsa-mangsa nahas ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Sumber: X