in

“Ada yang pelawa masuk bilik” – Guru Agama Dedah Cabaran Dilalui Ketika Ajar ‘Mak Nyah’

syaz ft 2025 01 10T113241.272

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas seorang pendidik ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika seorang guru itu ditugaskan untuk mendidik kumpulan-kumpulan yang khusus sperti Orang Kelainan Upaya (OKU) atau mereka yang mempunyai masalah pembelajaran.

Wan Muhammad Hafizzul Wan Ismail berkongsi dirinya sudah 11 tahun mengajar agama kepada golongan mak nyah di sekitar Kuantan, Pahang.


Artikel berkaitan: Dakwa Kena Rompak, Geng Mak Nyah Thailand Bergocoh Dengan Mak Nyah Filipina Di Bangkok

Artikel berkaitan: Tendang Pintu Mall & Siap Campak Duit Lagi, ‘Geng Mak Nyah’ Buat Kecoh Depan Mall di KL?

PIKO 1736473548

Beliau berkongsi pelbagai cabaran ketika mengajar golongan tersebut, ia termasuklah digoda dengan kata-kata lucah selain dipelawa untuk datang ke bilik mereka sambil mengenakan pakaian yang mencolok mata.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak semua golongan berkenaan bersikap biadap sebegitu, sebaliknya hanya mak nyah berasal dari negara jiran sahaja berbuat demikian.

“Tidak semua mak nyah di daerah ini terbabit dengan aktiviti maksiat di lorong gelap, pondan luar negara lebih banyak melakukan aktiviti sumbang di beberapa lokasi terkenal di daerah ini.

Sebelum ini terdapat antara 15 hingga 30 mak nyah belajar agama dan mengaji al-Quran, mereka berkumpul bermula 6.30 petang hingga 10 malam. Selesai belajar kami makan jamuan disediakan,” katanya.

Beliau yang kini Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang berkata, terdapat golongan mak nyah benar-benar berminat untuk belajar agama selepas insaf dengan perbuatan mereka.

Dalam pada itu, beliau juga bersyukur Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama Persatuan Insaf Pahang (PIP) memberi perhatian untuk membantu golongan ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.