in

“Ada yang panggil saya gong gong gong” – YDPA Kongsi Momen Mencuit Hati Semasa Kembara Di Sabah

Ft Agong Kongsi Kisah Lucu Di Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang berada di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan tersebut bermula 3 hingga 13 September.

Semenjak dua ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendekati pasangan diraja ketika baginda berdua mencemar duli ke kawasan-kawasan setempat dengan memandu sendiri kenderaan di sana.


Artikel berkaitan : [VIDEO] Ramai Netizen Salute Dengan Sikap Mesra Rakyat Agong Tengok Baginda ‘Payung’ Lagu Jiwang

370370118 843760427199360 3585641332895097787 N

Dalam masa yang sama, Al-Sultan Abdullah bertitah, sepanjang kembara berkenaan, Seri Paduka mendengar kesemua suara daripada rakyat Sabah terutama perkara membabitkan kemajuan, malah baginda sempat berseloroh dengan Tunku Azizah supaya ‘mencatit’ apa yang disuarakan.

“Kecantikan bukit ini, ladang ini semua ada dalam buku kita (dicatit) ada juga aduan yang kita tulis”

Selain daripada itu, tular beberapa klip titah baginda ketika Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini yang menyentuk pelbagai perkara seperti jambatan ‘pecah dua’, pembangunan Lebuhraya Pan Borneo serta hasrat baginda untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

374462373 18085675780374558 303641240428755516 N

Titahnya lagi, baginda sering dijemput ke Kota Kinabalu dan Kucing, namun tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan luar sambil berseloroh mengatakan pinggangnya masih kuat lagi walaupun sudah memandu sendiri sejauh 759 kilometer.

Al-Sultan Abdullah turut berkongsi kisah lucu sepanjang kembara berkenaan dimana ada rakyat yang memanggil Seri Paduka dengan nama ‘pakcik Agong’, dan ‘abang Agong’, malah ada juga yang memanggil Tunku Azizah sebagai ‘Datin Permaisuri’.

“Ada juga panggil gong gong gong” 

Titah Seri Paduka tersebut telah disambut dengan gelak tawa para hadirin dalam majlis tersebut, terutama apabila baginda berkongsi pelbagai ‘gelaran’ yang diterimanya dan tidak kurang juga yang memuji kecantikan Tunku Azizah.

Seri Paduka dalam masa yang sama bertitah bahawa rakyat Sabah akan kekal berada dalam hati baginda untuk selamanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.