Nama usahawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri seakan tidak lekang dari mulut netizen, apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan itu pasti menarik perhatian netizen.
Pun begitu, terbaru tular video yang kurang senang untuk didengar apabila pengasas jenama D’Herbs itu didakwa menjadi mangsa hasad dengki seorang individu.
Artikel berkaitan: “This is too much” – Aliff Syukri Bengang Azwan Ali Bakar Gambarnya, Konon Nak Sihir
Artikel berkaitan: “Kau percaya lah cakap dia tu” – Aliff Syukri Beri Respon Isu Saman RM100 Juta
Dalam sebuah sesi live yang sempat direkod, difahamkan ada individu yang berniat jahat kepada Dato’ Aliff Syukri kemudian menghantar sihir kepadanya namun ‘barang’ itu terkena kepada pembantu rumahnya.
@mhnass89 Bibik Aliff Syukri kena rasuk hantar sihir part 1 Live Bonda Rozita
Menerusi TikTok miliknya, Aliff Syukri berkongsi keadaan pembantu rumahnya yang digelar bibik itu dalam keadaan terbaring kemudian meracau dan tidak sedarkan diri sambil dibantu oleh isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid.
https://www.tiktok.com/@abangterlajaklaris/video/7303783702914452743?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
“Doakan, bibik saya selamat. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ni.
Kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana bibik kesayangan kami dirasuk hantu,” tulisnya di kapsyen.
Selain itu, dalam rakaman live yang tular itu, kelihatan bibiknya itu menjerit apabila Shahida menunjukkan satu gambar yang dipercayai dalang disebalik kejadian mistik itu.
Apa-apa pun kita sama-sama doakan kesejahteraan Aliff Syukri sekeluarga…
Sumber: TikTok