in

“Ada yang dah kahwin, tapi suami & anak lelaki boleh datang weekend” – Kampung Di Brazil Ini Hanya Didiami Oleh Wanita Sahaja

Ft Kampung Hanya Kaum Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dalam kisah mitologi Yunani purba, ada satu tempat yang dinamakan Amazon dimana ia hanya dihuni oleh kaum wanita.


Tapi di alam realiti, satu perkampungan ini terletak di Brazil yang dinamakan Noiva do Cordeiro dan ianya memang wujud sehingga kini.

 

Lelaki dilarang tinggal disitu

Kampung Hanya Kaum Wanita

Hanya kaum wanita sahaja yang menetap disini dan kampung ini mempunyai 600 penduduk dan dikatakan semuany cantik-cantik belaka.

Biarpun hanya kaum wanita, ada segelintir penduduk di kampung itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, namun suami dan anak lelaki mereka yang berumur 18 tahun keatas diarah untuk keluar dari perkampungan tersebut dan hanya boleh jenguk waktu hujung minggu.

Rosalee Fernandes, 49, salah seorang penghuni disitu mengatakan bahawa kampung itu bergitu aman dan harmoni kerana tiada lelaki disitu.

“Banyak benda yang wanita buat lebih bagus daripada lelaki. kampung ini jadi lebih cantik dan lebih tersusun malah jauh lebih harmoni jika berbanding lelaki yang jaga. Jika ada masalah timbul, kita akan cuba selesaikan dengan cara wanita.”

“Seluruh penduduk kampung akan berkumpul, kami meluangkan masa bersama dengan menonton TV skrin besar dekat pusat komuniti kami dan ada masa, kami akan luangkan masa untuk bergossip, cuba pakaian orang lain, berdandan rambut bersama dan cantikkan kuku.”

Sejarah kampung Noiva do Cordeiro

Kampung Hanya Kaum Wanita 2

Pengasas kampung ini adalah Maria Senhorinha, dia tubuhkan kampung ini pada tahun 1891, dia diusir keluar dari kampung asalnya kerana ditangkap melakukan hubungan intim.

Menurut sumber, dia juga lari kerana dipaksa kahwin dengan lelaki bukan pilihan hatinya. Disebabkan itu, ada wanita lain nak ikut sama.

Pada tahun 1940, seorang pastor, Anisio Pereira, mengambil salah seorang wanita, berusia 16 tahun, untuk menjadi isterinya dan mendirikan sebuah gereja di komuniti yang sedang berkembang itu.

Namun, dia terus menerapkan peraturan yang ketat, melarang mereka minum alkohol, mendengar muzik, memotong rambut mereka.

Namun selepas Anisio meninggal dunia pada tahun 1995, wanita disitu membuat keputusan untuk tidak lagi membiarkan lelaki menentukan bagaimana mereka seharusnya hidup.

Kampung Hanya Kaum Wanita 3

Salah satu perkara pertama yang mereka lakukan adalah merombak peraturan keagamaan yang dianggap berat sebelah kerana melabihkan lelaki.

Pada thun 2014, kaum wanita yang duduk di situ membuat rayuan kerana sukar untuk bertemu kerana sudah terikat dengan adat tidak keluar dari kampung.

Salah seorang penghuni lain, Nelma Fernandes, 23 akui bahawa susah untuk dapat jodoh disitu.

“Di sini, satu-satunya lelaki yang kami masih bujang ni temui sama ada dah berkahwin atau berkaitan dengan kami, saya dah lama tak rasai kasih sayang seorang lelaki “

“Kita semua impikan percintaan dan berkahwin. Tetapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu meninggalkan bandar untuk mencari suami. “

 

Baca : Luah Mahu Pergi Ke Afghanistan, Zuraida Nak Bimbing Taliban Perkasa Hak Wanita

Cats 13

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.