in

“Ada tompokan darah pada bungkusan plastik itu” – Ingatkan Patung Masa Nak Buang Sampah, Rupa-rupanya…

My Post 2020 08 14T162512.452

Ketika peniaga bakso, Hissanudin nak buang sampah dia terpandang satu bungkusan plastik berisi seperti anak patung. Tapi ada sedikit kemusykilan pada ‘bungkusan’ tersebut.

 

Saya cuba memeriksa dan melihat ada tompokan darah pada bungkusan plastik itu. Saya kemudian mengangkat dan tiba-tiba terkeluar tubuh bayi yang masih bertali pusat.”

Dia terus meminta bantuan beberapa individu berhampiran lokasi berkenaan untuk segera menghubungi polis. Katanya lagi, rasa sedih dirasai kerana dirinya mempunyai seorang anak berusia sebulan. Lapor myMetro

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan.

Dump 2 Dump 1

Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan daripada sepasukan pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) mendapati bayi itu adalah lelaki yang masih bertali pusat, cukup sifat dengan berat kira-kira empat kilogram.

“Mayat bayi berkenaan di bawa ke HQE untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan.” 

Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan ke pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

 

Baca : Bayi 15 Bulan Meninggal Dunia Gara Gara Terkena Renjatan Elektrik Dari Reban Ayam Di Halaman Rumahnya

Bayi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook