Baru-baru ini, kemalangan yang meragut 7 nyawa dalam nahas tiga kenderaan yang disebabkan oleh tayar lori yang tercabut telah menggemparkan negara.
Kemalangan tersebut telah membuka mata ramai pihak tentang kebanyakan lori-lori dan treler yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku di jalan raya.
Lebih mengejutkan apabila ada pihak yang didakwa menyediakan perkhidmatan menyewa tayar untuk lori agar lori terbabit lulus pemeriksaan Puspakom.
Perkhidmatan itu difahamkan telah diiklankan di Facebook pada tahun 2020 dan perkhidmatan itu tular semula beberapa hari lalu berikutan banyak kes kemalangan yang melibatkan lori dan kereta sehingga mengorbankan banyak nyawa.
Artikel Berkaitan: 2 Beranak Maut Kemalangan Di WCE: Isteri Sempat Mohon Maaf Berulang Kali Sebelum ‘Pergi’
Artikel berkaitan : 7 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan, Tayar Lori Tercabut Jadi Punca Kemalangan
Dalam Facebook post tersebut, dapat dilihat bahawa kedai tayar tersebut menulis kapsyen “Sewa tayar untuk masuk Puspakom’.
Difahamkan, meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mendakwa bahawa selepas lori tersebut lulus pemeriksaan Puspakom, lori itu akan ditukar semula kerana tayar itu hanyalah untuk disewa semata-mata.
Untuk mengatasi masalah seperti ini, ada warganet yang memberi cadangan agar kod unik diletakkan pada tayar agar isu sewa tayar untuk pemeriksaan Puspakom dapat dielakkan.
Rata-rata warganet menggesa pihak kerajaan agar lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang agar kemalangan maut melibatkan tayar lori seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
Sumber: X @thefaizzainal