in

“Ada masa sedih, ada masa seram” – Lagu Baru Malique ‘Remix’ Mona Fandey Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ft Malique Remix Lagu Mona Fandey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menggunakan ayat puitis bersertakan maksud yang mendalam kepada pendengar, pastinya ramai peminat akan rasa teruja apabila mendapat khabar bahawa penyanyi rap tersohor negara, Malique mengeluarkan single baru.

Lagu yang berjudul Sedih Hati itu kini sedang hangat diperkatakan netizen di TikTok dan dikongsikan oleh pengguna-pengguna di platform tersebut.


Remix lagu Mona Fandey?

@akramsazlan

#maliqueibrahim #masukberanda #fyp

♬ original sound – lan.co – lan.co

Apa yang menarik perhatian warganet lagi adalah lagu ini diselitkan dengan keratan lagu lama oleh seorang bekas penyanyi dan pengamal ilmu hitam yang pernah menggemparkan satu Malaysia pada tahun hujung 90-an dahulu iaitu Mona Fandey.

Lagu yang diterbitkan pada 1987 itu berjudul Ratapan Anak dan bagi siapa yang tidak mengikuti cerita mengenai kisah Mona Fandey, beliau merupakan seorang penyanyi sebelum beralih arah ke bidang perubatan tradisional yang seterusnya melibatkan beliau dalam kegiatan jenayah yang kita tahu sebelum ini.

Berikut merupakan lagu asalnya… seram juga kalau dengar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan reaksi yang bercampur baur. Ada yang suka mendengar lirik lagu Malique yang sangat mendalam, ada pula menyatakan bahawa mereka rasa sedih dan ada yang menyatakan bahawa mereka mula rasa seram apabila mendengarnya.

Screenshot 2023 07 04 135522 Screenshot 2023 07 04 135550 Screenshot 2023 07 04 135620

Min pun bila dengar lebih ke arah seram, tapi best! Ala jangan fikir apa-apa lah, mungkin kena dengar lagu penuh dulu dan fahamkan konteks yang Malique cuba sampaikan.

Baca : “3-4 tahun, lirik acah dah lejen” – Netizen Kritik Kenapa Malique Lagi Ada ‘Value’ Berbanding K-Clique

Kclique3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.