in

“Ada king crab weh!” – Keluarga Buat Kejutan Hadiah Konvo Macam Rombongan Pengantin

Konvo 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, ramai pelajar menghadiri hari konvokesyen di universiti masing-masing dan kebiasaannya, mereka akan menerima hadiah bouquet bunga, coklat ataupun jambangan duit bagi menghargai titik peluh setelah belajar selama beberapa tahun.

Namun begitu, seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menerima kejutan hadiah yang rare daripada keluarganya.


https://www.tiktok.com/@shahirafairuss/video/7307135900260093186

Hadiah dalam kotak hantaran

Dalam video yang tular di TikTok itu, keluarga graduan tersebut sedang berjalan dalam rombongan sambil memegang beberapa hadiah dalam kotak yang dihias cantik. Kotak-kotak tersebut diisi dengan pelbagai jenis hadiah.

Dari jauh lagi graduan itu tertawa melihat gelagat keluarganya yang sporting kerana membuat surprise ala-ala rombongan pengantin. Orang ramai yang berada di situ juga teruja melihat keluarga mereka sehinggakan ada yang mahu bergambar bersama-sama.

Artikel berkaitan: Graduan Usia 79 Tahun Akhirnya Berjaya Rangkul PhD Selepas 9 Tahun ‘Bersusah Payah’, Ini Kisahnya..

Artikel berkaitan: “Macam Extraordinary Attorney Woo” – Graduan Undang-undang Hidap Cerebral Palsy Berjaya Genggam Ijazah Dari UUM

Semua hadiah rare ye!

Dalam hantaran yang lain, pengguna TikTok itu ada memuat naik video kompilasi hadiah-hadiah dalam kotak hantaran tersebut. Setiap hadiah yang diterima ada kisahnya yang tersendiri.

Hadiah yang paling rare adalah makanan kegemaran graduan tersebut iaitu king crab. Dalam kotak yang lain, mereka juga meletakkan telur dadar di dalam kotak hantaran kerana graduan itu sangat menyukai telur dadar.

Konvo 11

Konvo 12

Selain itu, ada makanan lain yang turut dijadikan hadiah iaitu kuaci dan manisan.

Konvo 3 Konvo 5

Bukan itu sahaja, mereka memberikannya baju kelawar, kain batik, tudung, baju kemeja, ubat resdung dan gubahan wang kertas RM50.

Konvo 1 Konvo 2  Konvo 4   Konvo 7 Konvo 8 Konvo 9 Konvo 10

Menyingkap di ruangan balas, ramai netizen teruja melihat hadiah yang diterima oleh graduan itu.

Konvo 14 Konvo 15

Wow! Agak-agak berapa ye jumlah hantaran konvo ni ye?

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.