in

“Ada kesan penderaan” – Pelajar Tahfiz Hilang, 3 Beradik Ditahan

Syaz Ft 2024 10 14T112727.853

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, empat orang pelajar pusat tahfiz telah dilaporkan hilang sejak 8 Oktober. Mereka kemudian telah ditemui di Bangi, Selangor kira-kira empat hari kemudian pada 11 Oktober.

Pelajar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu ditemui dengan selamat namun mereka mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan, selain didakwa menjadi mangsa seksual.


Artikel berkaitan: 4 Orang Pelajar Tahfiz Yang Hilang Sejak Selasa Telah Ditemui, Namun Ada Kesan Kecederaan Pada Tubuh

Artikel berkaitan: Misteri Kehilangan Gya Natasya Terungkai, Ibu Kongsi Kisah Bagaimana Anak Dijumpai

Pada Jumaat lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Mohd Razali Mohd Idrus berkata pihak polis menahan tiga orang adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun yang juga merupakan pelajar pusat tahfiz sama.

“Tangkapan dibuat di rumah suspek dan mereka mempunyai adik-beradik belajar di tahfiz yang sama.

Suspek berusia 20 tahun telah dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman dan mahkamah membenarkan reman satu hari.

Manakala suspek berusia 13 dan 15 tahun tidak direman kerana di bawah umur,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 7 petang, pada Sabtu selepas selesai dirakam keterangan.

Difahamkan, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor perubatan.

Pada Jumaat lalu, empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemui selamat namun mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan, selain didakwa menjadi mangsa seksual.

Mereka yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, turut dikatakan melarikan diri dari pusat tahfiz itu kerana tidak tahan menjadi mangsa buli.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.