Susulan daripada kes pembunuhan gadis bernama Siti Nur Surya, 19, yang dibunuh di hadapan ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu semalam, polis telah menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
Menurut Berita Harian, penangkapan gadis yang juga rakan sekolah mangsa telah dibuat di rumah keluarganya dekat Telemong, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tangkapan wanita itu dilakukan selepas dia hadir bersama ibunya ke Balai Polis Hulu Terengganu pada jam 8.15 pagi.
Tangkapan tersebut dibuat berdasarkan beberapa bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman CCTV yang dipasang dekat rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
Pagi tadi, jam 7.30 suspek datang ke Balai Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8.15 pagi,” katanya.
Suspek kes pembunuhan Nur Surya Ismail, 19; ditahan polis ketika memberi keterangan di Balai Polis Telemong jam 8.15 pg tadi. OCPD DSP Mohd Adli Mat Daud mengesahkan suspek (P) berusia 19, merupakan kawan sekolah mangsa.Motif pembunuhan berpunca dari salah faham @BuletinTV3 pic.twitter.com/MUoBl60aK3
— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) November 2, 2020
Susulan penangkapan itu, polis telah menjalankan siasatan di rumah suspek dan menemui beberapa barangan yang diambil daripada rumah mangsa termasuk wang tunai dan peralatan solek.
Salah faham ketika bersembang, kelar tangan mangsa sampai putus
Menurutnya, sebelum kejadian berlaku suspek dikatakan telah ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.
Semasa bersembang di ruang tamu, berlaku salah faham yang menimbulkan kemarahan suspek yang kemudiannya membawa kepada pergaduhan.
Ketika bergelut, suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” katanya.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1322859852998139904
Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh. Suspek yang masih bersekolah di Tingkatan 6 telah ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Esok suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang untuk permohonan reman.
Allahuakhbar… bergaduh sampai membawa kepada kes bunuh.
Baca: Menyayat Hati! Ibu Sedang Terlantar Sakit Jadi Saksi Anak Dibunuh Kejam Oleh Penyamun