Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan kemuliaan hati penyanyi, Radhi OAG yang bertindak membantu sebuah kereta yang telah rosak di tengah jalan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Menerusi video yang berdurasi dua minit itu, dapat dilihat kereta individu itu secara tiba-tiba rosak di sebuah lampu isyarat dan dipercayai oleh kerana bateri keretanya dalam keadaan yang lemah.
https://www.facebook.com/100000862391397/videos/6227049627351217/
“Dalam banyak-banyak kereta yang lalu, ada juga artis yang berhati mulia tolong tolak kereta sorang-sorang. Terima kasih Radhi OAG,” tulisnya di perkongsian tersebut.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, Radhi dilihat berlari dengan sepenuh dayanya menuju ke arah individu terbabit dan terus membantu dengan menolak kereta yang tersadai itu meskipun dalam keadaan panas terik.
Tidak lama kemudian, anak Radhi, Muhammad turun daripada kereta untuk mencari bapanya, tapi Radhi meminta anak lelakinya itu untuk kembali semula ke dalam kereta mereka.
Dengan cuaca yang panas terik itu, Radhi kelihatan sangat penat sambil mengelap peluhnya ketika menolak kereta tersebut, bagaimanapun, dia tetap meneruskan agar kereta itu tidak menghalang jalan raya.
“Sapa yang pernah lepak dengan dia tahu la budi bicara dia” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Radhi dalam membantu individu tersebut ketika dalam kesusahan, meskipun dengan keadaan yang panas dan berseorang diri.
Baiknya hati Radhi semoga Allah membalas jasa baiknyaaa…
Baca : [VIDEO] Radhi OAG ‘Terbang Melayang’ Atas Pentas Konsert? Netizen Mohon AADK Pantau