in

“Ada EPF & Socso” – Pasar Besar Jalan Othman Tengah Cari Pekerja Warganegara Gaji RM 2,000 Sebulan

pjimage 2020 06 01T173601.996 768x404 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai juga yang hilang sumber pendapatan kerana musim Covid-19 ini, malah desas desus berkenaan dengan recession pula pasti akan membuatkan ramai yang jadi bimbang dan mulakan langkah persediaan awal supaya tidak ‘tenggelam’ nanti.

Namun lebih kesian pada golongan-golongan yang hilang kerja ini, disebabkan itu kenalah raih peluang sebaik mungkin. Pasar Besar jalan Othman di Petaling Jaya kini sedang menyediakan hampir 1,000 peluang pekerjaan kepada anda.


 

Gaji RM 2,000 sebulan, ada EPF & Socso

Kalau korang berminat korang boleh buat walk-in interview di sana bermula hari ini! (1 Jun 2020). Naib presiden persatuan pasar, Raja Ratnam mengatakan bahawa pada masa lalu, mereka bergantung pada pekerja asing tetapi sekarang kebanyakan mereka telah ditahan oleh Imigresen, mereka kekurangan tenaga kerja. Lapor The Star

702426

Waktu kerja bermula pada pukul 3 pagi hingga tengah hari. Gaji harian sekitar RM 70 & RM 80 malah ia tidak terhad pada had umur, bahkan golongan OKU juga boleh mohon! Kata salah seorang peniaga disitu.

“Kami bersedia membayar orang dengan baik tetapi kami memerlukan pekerja yang komited.”

Jadi , kalau ada antara korang yang tengah jobless dan memerlukan duit,, mungkin ini lah peluang korang untuk tampung hidup.

 

Baca : Wow! Pos Malaysia Tawar Komisen Sehingga RM6,000, Tolong Hantarkan Bungkusan Semasa PKP!

pos

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.