Seorang pengguna media sosial mencuri perhatian apabila mendakwa ramai pelanggan yang membuat tempahan di restoran Rembayung sebenarnya bukan datang semata-mata untuk makan, sebaliknya mahu berjumpa dengan Khairul Aming.
Menurutnya, ada yang sanggup membatalkan tempahan dan malah menjual slot kepada orang lain, dipercayai kerana mengetahui Khairul Aming berada di Langkawi pada waktu tersebut.
Artikel berkaitan: “Punyalah toxic” – Netizen Pelik Sikap Individu Kerap’Spam’ Komen Kritik Restoran Khairul Aming
Artikel berkaitan: Pelanggan Datang Jauh Dari Taiping, KA Papar Situasi ‘Live’ Di Restoran Rembayung

Bagaimanapun, dakwaan itu dibalas sendiri oleh Khairul Aming yang tampil menjelaskan situasi sebenar berdasarkan data tempahan melalui platform Umai. Jelas beliau, daripada 503 pax yang membuat tempahan, hanya dua orang sahaja yang tidak hadir, menjadikan kadar kehadiran mencecah 99.6 peratus.
“Actually based on data semalam, cuma 2 orang tak datang, yang datang 501 pax (99.6% show up).
Kita dapat customers paling ramai and paling tinggi sales semalam since opening day,” tulisnya.
Susulan sambutan luar biasa tersebut, Khairul Aming memaklumkan pihaknya kini merancang untuk meningkatkan kapasiti restoran kepada 550 pax, malah mungkin sehingga 600 pax dalam masa terdekat. Setakat jam 12 tengah hari semalam, restoran itu sudah penuh sepenuhnya.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan aspek layanan pelanggan tetap menjadi keutamaan, walaupun sambutan begitu menggalakkan. Staf restoran telah dilatih sebaiknya bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati setiap kali berkunjung ke Rembayung.
Sumber: Threads
