Kalau bercakap tentang insan bernama ibu, mesti kita tahu bagaimana sabarnya mereka menjaga dan mendidik anak-anak.
Sama seperti seorang ibu di TikTok @leena.scha yang sabar menjaga anak perempuannya, Adreena yang diuji dengan sakit Cerebral Palsy.
Adreena minta jalan sendiri
Menerusi video yang dimuat naik, Adreena meminta ibunya untuk berjalan sendiri ke skuter tanpa alat bantuan. Sebagai sokongan, Adreena hanya menahan badannya di meja kelas dan berjalan perlahan-lahan sambil dipantau oleh ibunya.
Artikel berkaitan: “Atok dari syurga’ – Datuk Ubah Suai Kerusi Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan
Artikel berkaitan: “Macam Extraordinary Attorney Woo” – Graduan Undang-undang Hidap Cerebral Palsy Berjaya Genggam Ijazah Dari UUM
“Mummy boleh tunggu kakak tak? Kaka nak cuba jalan sampai skuter mummy boleh?” – Adreena
Boleh la sayang… mummy suka.. mummy jaga okay, tak bagi kaka jatuh. Jom – ibu Adreena
Berkali-kali juga Adreena nampak takut kerana tidak dapat mengimbangkan diri, ibunya tetap memberikan semangat dan kata-kata positif untuk Adreena teruskan usahanya.
@leena.scha
Cerita kenapa minta nak jalan sendiri
Berkongsi lanjut di Facebook, ibu Adreena meluahkan rasa sebak ketika anak kesayangannya itu memberitahu kenapa dia mahu berjalan sendiri.
Bila atas skuter baru Kaka cerita.. “Mummy takkan lah bila Kaka dah 18 tahun nanti Mummy nak dukung Kaka lagi.. Mummy kan sakit..”
Dia punya kata-kata tu kan rasa macam nak duduk tepi jalan meraung-raunglah sebenarnya, tapi ku gagahkan juga bawa je skuter baik-baik. Sambil layan Kaka, “Kalau berat sangat nanti Mummy cari jengkaut angkat Kaka..” dia gelak.
Adreena juga ditanya oleh kawan tentang kesihatannya namun dia meminta untuk mendoakannya. Ibu Adreena bagaimanapun meyakinkan anaknya bahawa Tuhan selalu ada setiap masa.
“Kawan Kaka tanya macam tu.. Kaka diam jelah mula2 tapi kaka cakap doakan Kaka” – Adreena
“Good girl.. betullah tu Kaka jawab macam tu.. Kaka tunggu je tak boleh juga, doa je tak boleh juga. Kaka kena usahalah sikit. Bangun jalan macam tu hari2. Jangan takut lagi dah ok.. kita buat balik sama2..” – Ibu Adreena
“Nanti mummy tolong jaga Kaka ye” – Adreena
Sekadar info, Cerebral Palsy adalah gangguan kebolehan untuk mengawal keaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Ia biasanya terjadi pada baru yang pramatang atau tidak cukup berat badan semasa lahir.
Meninjau ke ruangan komen, ibu Adreena ada menjawab beberapa pertanyaan netizen.
Sebak min baca cerita ni.. moga Adreena terus kuat ya!