Semalam, kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium dan isu ini sudah tentu menyebabkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.
Ruhainies walau bagaimanapun menerusi Instagram Story akaun peribadinya telah memuat naik satu kenyataan di mana dia memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.
Dalam kenyataan yang sama juga, Ruhainies turut mengatakan bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, pelakon tersebut mengatakan ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.
Artikel Berkaitan: “Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo
Artikel Berkaitan: Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular
Pelakon drama Cukup Derita Itu turut berharap agar spekulasi tersebut dapat dihentikan sehingga dia dapat memberikan kenyataan untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan.
Selain itu, Aliff Aziz juga turut memohon maaf menerusi hantaran di IG Story di akaun media sosial peribadinya.
Dalam IG Story tersebut, penyanyi dan pelakon lelaki itu mengatakan perkara yang sama di mana ada banyak spekulasi dan laporan yang tidak betul tentang kejadian yang berlaku kepadanya dan pelakon wanita itu.
Tetapi, saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah, “ tulis Aliff Aziz di IG Story.
Dia juga bukan mahu menegakkan benang yang basah namun dia mahu memberi keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi.
Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan dan kenyataan lanjut dari mereka nanti.
Sumber: IG Story Ruhainies, IG Story Aliff Aziz