Heboh sejak semalam di media sosial mengenai satu produk sambal yang dikatakan mirip dengan produk Sambal Nyet Berapi yang diusahakan personaliti media sosial Khairul Aming.
Sehubungan itu, netizen mengecam tindakan peniaga tersebut kerana telah menipu orang ramai apabila ada yang mendakwa tersilap beli kerana keliru dengan produk asli daripada Khairul Aming.
Susulan isu itu, Khairul Aming sebentar tadi memuat naik video penjelasan di akaun media sosialnya mengenai produk terbabit.
Artikel berkaitan: “Tiru sebijik” – Sambal Nyet Kena Plagiat, Netizen Nasihat Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang
Hantar surat tuntutan
Menurutnya, pihak mereka telah mengetahui kewujudan sambal tiruan itu beberapa hari lalu dan sedang mengumpul bukti untuk tindakan undang-undang.
We have identified the seller and our lawyer has submitted a letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat… pic.twitter.com/yNyONxBog0
— Khairulaming (@khairulaming) December 28, 2023
“Sangatlah identical, dekat depan sama, penceritaan sama, bahagian ingredients sama, poskad pun sama dan penulisan di bahagian khidmat pelanggan juga sama.
“Kami dah kenal pasti siapakah seller tersebut dan hari ini peguam kita dah hantar Letter of Demand (LOD) untuk pencabulan Hak Harta Intelek dan Penghapusan,” katanya.
Tambah usahawan itu lagi, pihaknya juga menyenaraikan lapan tuntutan dan jika mereka gagal penuhi kesemuanya, kes akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Maklumnya, produk keluaran syarikatnya sememangnya trendmark Sambal Nyet telah didaftarkan di MyIPO dan diluluskan pada tarikh 2 November 2021.
Di akhir perkongsian, Khairul Aming menyatakan yang dirinya sangat menyokong para peniaga kecil namun hendaklah secara berhemah dan tidak menganiaya orang lain.
“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni,” katanya lagi.
Harap jadi pengajaran buat peniaga tersebut…
Sumber: X