Korang semua mesti pernah guna powerbank kan. Kalau nak keluar rumah tapi semalam lupa cas telefon, powerbank lah yang penyelamat. Takde ni memang susah nak buat kerja terutamanya kat tempat yang tak sediakan soket elektrik.
Lelaki dari China pula telah menempa nama di media sosial lepas dia berjaya cipta sendiri powerbank bersaiz gergasi baru-baru ini, lapor Next Shark.
Handy Geng yang juga seorang YouTuber telah berkongsi tentang rekaan inovasinya itu menerusi YouTube dan difahamkan, powerbank terbabit ada kapasiti bateri sehingga 27,000,000-mAh tau.
Dalam video yang berdurasi selama tujuh minit itu, lelaki ini mengatakan bahawa kapasiti powerbank yang dibelinya sebelum ini kecil dan ada rakan-rakannya yang mempunyai kapasiti powerbank yang lebih besar daripadanya.
Jadi, dia putuskan untuk cipta sendiri powerbank gergasi dengan kapasiti bateri yang lebih besar daripada orang lain. Katanya, powerbank mega tu ada kapasiti yang lebih kurang sama dengan 900 buah powerbank bersaiz biasa yang sering kita guna. Banyak tu!
Selain itu, powerbank mega itu juga dilengkapi dengan 60 soket, jadi beberapa puluh telefon pintar dan laptop boleh dicas dalam masa yang sama.
Handy Geng dikatakan telah mengimpal bingkai logam untuk menghasilkan alat tersebut dan saiznya ialah 5.9 kaki x 3.9 kaki x 0.98 kaki. Rekaan luar powerbank tu pun sebijik sama macam powerbank kita guna.
Yang bestnya, powerbank rekaan Handy Geng juga boleh digunakan untuk menyalurkan elektrik pada mesin basuh semi automatik dan TV jika mahu gunakannya di luar rumah. Nak cas basikal elektrik pun takde masalah.
Sehingga kini, video YouTube Hand Geng itu telah mencecah lebih 500 ribu tontonan dan rata-rata netizen juga memuji inovasi genius ciptaan lelaki ini.
Jika dilihat di akaun YouTube miliknya, Hand Geng memang sering memuat naik video dirinya mereka pelbagai jenis alatan secara DIY.
Kalau macam ni saiz powerbank, terputus bekalan elektrik kat rumah pun takde masalah, sebab boleh teruskan aktiviti harian macam biasa je.
Sumber: Next Shark, YouTube Handy Geng