Baru-baru ini telah ramai yang terkejut apabila melihat posting yang dimuat naik oleh usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan bengang dengan tindakan seorang ahli perniagaan yang mengelak daripada membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.
Selain itu, Aliff turut mendakwa individu tersebut turut menjaja cerita tidak benar seolah-olah dirinya yang bersalah dalam hal sedemikian.
Walaubagaimanapun, menerusi kapsyen di hantaran yang dibuat, Aliff memaklumkan bahawa dia sudahpun mempunyai segala bukti termasuklah perjanjian bertulis yang sudah dibuat sebelum ini.
“Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya. Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar kak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa yang sama, Aliff turut memberitahu dia sudahpun berhubung dengan individu berkenaan serta dia bakal mengambil tindakan undang-undang.
“Sebenarnya saya sudah cuba hubungi dia, dah WhatsApp dan cakap baik-baik dah. Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam,” jelasnya.
Tambah Aliff, dia sudah menagih hutang yang pada awalnya dijanjikan untuk bayar setahun selepas pinjaman dibuat namun, menurutnya ini sudah masuk tahun keempat dan masih tiada bayaran yang diterima.
“Dato sekarang kat sana jangan fikir apa-apa dulu” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen. rata-rata netizen meminta Aliff agar tidak berfikir tentang perkara ini buat sementara waktu semasa dia masih berada di tanah suci dan fokus terhadap ibadah haji yang sedang dijalankan.
Kalau berhutang tu patutnya tunai la janji bila nak bayar kan..
Baca : “Tahun depan kita pergi sekali” – Netizen Sebak Anak Alif Syukri Menangis Hantar Bapa Tunaikan Haji