Kemelut yang berlaku di antara pempengaruh dan usahawan sensasi, Aliff Syukri dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hingga membawa kepada kes mahkamah ini telah menarik perhatian ramai.
Dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Aliff mendedahkan tindakan Abdul Kadir yang ‘melarikan diri’ menyebabkan dia terpaksa membuat hantaran di akaun media sosial berhubung hutang puluhan juta ringgit.
Mahkamah juga turut diberitahu bahawa tindakan itu juga diambil selepas usaha Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 38 untuk menghubungi Abdul Kadir selama berbulan dan bertahun gagal, malah nombor telefonnya turut disekat.
Cuba baca (sambil menunjukkan tangkap layar WhatsApp yang dilampirkan kepada mahkamah) “saya mohon sangat Tan Sri (Abdul Kadir), tolonglah saya, angkatlah telefon saya”, WhatsApp saya itu tidak dibalas.
“Bukan sehari tuan (peguam), tuan tak keluarkan modal RM30 juta tuan boleh cakap macam ini (merujuk soalan kenapa kata Abdul Kadir lari). Saya bukanlah ahli politik, saya cuma berniaga. Kalau dia tak lari, takkanlah saya muat naik gambar tahu tak pak cik ini pergi mana?
“Kalau dia tidak lari, saya tidak akan sampai ke sini (kes mahkamah),” katanya dalam sesi soal balas peguam Ravichandaran Selliah yang mewakili plaintif, hari ini.

Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan
Artikel berkaitan: Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak
Dalam prosiding di hadapan Hakim Roslan Mat Nor, Aliff Syukri selaku defendan memberitahu menyerahkan wang berjumlah RM30 juta sebagai pelaburan kepada syarikat Buckingham ByThe-Sea Sdn Bhd (BBTS) di bawah Syarikat Pembangunan Utara Sdn Bhd (PUSB) yang dimiliki Abdul Kadir selepas menandatangani perjanjian usaha sama.
Beliau mendedahkan setuju untuk melabur kerana plaintif menjanjikan pulangan selain jaminan keselamatan pelaburan itu meskipun projek BBTS tidak dapat dilaksanakan atau muflis.
Beliau datang meminta dan beriya-iya mempengaruhi saya dengan janji manis supaya menyertai pelaburan usaha sama dengan pihaknya. Beliau juga mendesak-desak saya supaya menyegerakan pengeluaran wang dan kemudian memberikan wang kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, defendan juga memaklumkan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk mempromosikan sebuah resort di Langkawi seperti mana syarat yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan.
Namun Aliff juga mendakwa dia tidak menerima sebarang bayaran daripada pelaburan dan perkhidmatan yang sudah berikan itu.
Sumber: Berita Harian
