in

Abang Penyanyi Aufahanie Dilaporkan Hilang, Terjumpa Dompet & Telefon Pintar Atas Jambatan Sg Klang

Nidza Afham Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin banyak pula kes hilang dan jenayah ngeri yang tular di media sosial. Terbaru hari ini, abang kepada penyanyi Aufahanie dilaporkan hilang malam tadi (Selasa) selepas keluar berjogging.

Menurut posting yang dimuat naik kakak sulung penyanyi itu di X, mangsa, Nidza Afham, 23, tidak membalas mesejnya selepas keluar beriadah sekitar jam 7.50 malam.


Sehubungan dengan itu, ahli keluarganya telah keluar mencari Afham dan menjumpai dompet dan telefon pintar milik manga di sekitar kawasan jambatan Sungai Klang.

Adik saya, Nidza Afham hilang. Lokasi last phone dan dompet ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru). 

“Dia keluar pergi jogging dalam 7.58pm (InDrive) ke Stadium Klang. 

“Kami dah check phone, tak ada unsur bergaduh atau loan shark. Semua dalam keadaan baik. Adik saya habiskan lariannya juga. 

“Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dengan selamat. Amin Ya Rabb,” tulisnya di X.

Artikel berkaitan: Viral Sejak Semalam Kanak-kanak Didakwa Hilang Lepas Pulang Mengaji, Rupanya…

Artikle berkaitan: “Seperti terpinga-pinga” – Muhammad Effzaldanish Ditemui, Hanya Diam Bila Ditanya Mengenai Kehilangan

Img 8532

Menurut kakak Afham, keluarganya juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Klang dan mereka juga sedang mencari mangsa di kawasan Klang.

Kakaknya juga ada menyenaraikan timeline kejadian secara terperinci akan lokasi adiknya sebelum mangsa dilaporkan hilang.

Gu5F3C3Amaebalw

Dalam pada itu, Aufahanie yang juga bekas peserta rancangan I Can See Your Voice Malaysia memuat naik posting di IG Story memohon bantuan orang ramai mendoakan agar abangnya dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Sama-samalah kita doakan semoga mangsa dapat ditemui dalam keadaan baik. 

Sumber: mStar, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.