Mungkin tidak asing bagi kita apabila melihat orang ramai menjaja di tepi jalan. Ada yang berniaga dari kereta dan ada juga yang sanggup berpanas di kawasan lampu isyarat untuk melariskan hasil jualan mereka.
Namun, melihat kanak-kanak yang masih kecil keluar pada waktu malam untuk membantu keluarga mencari rezeki membuatkan kita sebak dengan kesungguhan mereka.
Malam tadi, pengacara terkenal, Fedtri Yahya telah berkongsi di Twitter peribadinya mengenai dia telah terserempak dengan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berniaga nasi lemak.
Kanak-kanak tersebut menyapa Fedtri terlebih dahulu dengan ungkapan “abang yang pelakon Jejak Rasul tu kan?”
Ketika isi minyak, adik ni tegur:
“ Abang yang pelakon Jejak Rasul tu kan?’ 😅Pelakon? Ya lah … 😄
Adik ni jual nasi lemak.
Jauhnya dia jalan kaki. Katanya dengan kawan-kawan #kotaDamansara pic.twitter.com/GceJAR4MNt— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) September 3, 2020
Fedtri semasa kejadian turut terhibur dan menyatakan kanak-kanak itu jauh berjalan untutk menjual nasi lemak bersama-sama rakan-rakannya.
Kemudian dalam tweet yang lain Fedtri menunjukkan dia ada membeli nasi lemak yang dijual oleh kanak-kanak tersebut.
Bismillah 🍃 pic.twitter.com/8UEvFndyDd
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) September 3, 2020
“Sayu tengoknya, semoga dimurahkan rezeki” – Netizen
Kejadian yang dilaporkan berlaku di stesen petrol Shell di seksyen 3 Kota Damansara itu mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata berasa sedih dan mendoakan agar kanak-kanak tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.
Tidak ketinggalan, ada juga netizen yang berkongsi beberapa kawasan lain di sekitar Kota Damansara yang menjadi lokasi kanak-kanak tersebut berniaga.
Kalau korang stay berdekatan Kota Damansara boleh la cari dekat mana adik ni berniaga. Kita sama-sama bantu adik ni. Kalau korang tau lagi dekat mana tempat adik ni berniaga boleh share tau!