in

Abam Rakan Yang Ada Di Saat Jatuh Dan Bangun, Fad Kongsi Bagaimana Bocey Boleh Terbentuk

cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah lama meninggalkan kita semua, Abam dekat di hati peminat dan masih menghiburkan kita semua dengan jenaka dan telatahnya misalnya ketika di pentas Maharaja Lawak Mega.

Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan Bocey, Fad ada bercerita tentang kisahnya bersama kumpulan Bocey dalam satu video TikTok. Dia turut berceritakan tentang kisah Abam yang tidak diketahui ramai.


Semuanya bermula di Raja Lawak 6

Semasa Raja Lawak musim ke-6, mereka bermula sebagai pesaing kerana berada dalam kumpulan yang berbeza. Fad berada dalam kumpulan Selak, manakala Abam berada dalam kumpulan Albob bersama adiknya, Ali.

Raja Lawak 6 turut menampilkan kumpulan popular lain seperti Zero dan Shiro.

1

 

 

 

https://www.tiktok.com/@fadbocey.91/video/6991407057140337947?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Di situ, mereka mula berkawan dan bertukar pendapat meskipun berlainan kumpulan. Jelas Fad, Abam ialah seorang individu yang suka menolong dan tidak pernah berkira.

Bintang Mencari Bintang takdir mereka bersama

Selepas tersingkir daripada Raja Lawak, Fad dan Abam mula mencuba nasib dalam rancangan realiti lain iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB).

“Inilah insan yang ambil aku dekat TBS pukul 3 pagi. Dengan naik Myvi dia”, jelas Fad menceritakan saat dia datang ke Kuala Lumpur dari Johor untuk rancangan realiti ini.

2

@fadbocey.91

PART 2:PERJALANAN AKU DAN & ALLAHYARHAM ABAM???????? #kitabaikramaisayang

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Di BMB, mereka berpasangan dan berjaya meraih tempat kedua di bawah nama kumpulan Bocik, di belakang Achey yang ketika itu menjadi juara.

3 1

@fadbocey.91

Salam jumaat semua,ini Part 3 perjalanan aku & Allahyarham abam????? #kitabaikramaisayang

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Lahirnya Bocey dalam industri seni

Ketika Maharaja Lawa Mega 2013 pula, Bocey ditubuhkan dan dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey. Di sinilah semuanya bermula buat kumpulan Bocey dalam industri seni.

“Di awalnya, tiada siapa pun peduli dengan kehadiran kami bertiga. Aku ingat lagi kitorang nak pakai mic, kena tanya sendiri”, luah Fad tentang memori di awal penubuhan Bocey.

Fad turut berkongsikan kisah Abam yang pada ketika itu masih memakai jam tangan yang sudah rosak. Apabila ditanya, Abam berkata jam itu mempunyai nilai yang tinggi kerana dibeli dengan menggunakan wang gaji pertama.

 

4 1

@fadbocey.91

Salam jumaat semua,sambungan perjalanan aku dengan adik beradik aku???? #boceyselamanya #sayangsampaimati #kitabaikramaisayang #fypシ

♬ Bintang – Dadali

Maharaja Lawa Mega 2013 menjadi saksi kualiti kumpulan Bocey apabila mereka mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah bernilai RM150,000.00.

Perkongsian buat peminat rindu kepada Abam

Meninjau di ruangan komen, perkongsian Fad Bocey ternyata mengubat rindu para peminat kepada kumpulan Bocey, terutamanya Abam.

“Al fatihah, rindu sgt2 kat arwah abam ni. semoga roh allahyarham abam ditempatkan bersama2 orang2 beriman”, tulis seorang pengguna media sosial.

 

BACA: “Ayah saya” – Netizen Sebak Tengok Anak Tonton Arwah Abam Dekat TV

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.