in

“Abah keluar nak ambil wuduk” – Anak Tak Sangka Bapa Maut Dib*ham Harimau

Syaz Ft 2024 10 16T190149.859

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu kejadian tidak diingini menimpa sebuah keluarga apabila bapa kepada sepuluh anak itu dibaham harimau ketika keluar ke tandas.

Menurut laporan Harian Metro, Adnan Ismail, 54 tahun menjadi mangsa serangan harimau di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Bersia, pagi semalam.


Artikel berkaitan: 2 Lelaki Berdepan Detik Cemas, Harimau Muncul Ketika Memancing

Artikel berkaitan: “Mujur tak kena makan” –  Pengunjung Panik, Kucing Sesat Masuk Kandang Harimau Di Zoo Johor

Anak kepada mangsa, Nur Nazirah berkongsi sebelum kejadian tragis berkenaan, bapanya itu sempat memaklumkan akan pulang pada hari ini untuk menghantar wang persekolahan adik-adik selain menukar tayar keretanya.

“Bagaimanapun, pada jam 6 pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu yang memaklumkan ayah dibaham binatang.

Malah saya juga mendapat makluman akibat serangan binatang itu, bahagian dada dan muka ayah cedera parah selain kaki kirinya juga putus,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian tersebut berlaku ibu tirinya yang dipanggil Mok Su bekerja sebagai tukang masak di rumah kongsi kawasan hutan berkenaan keluar untuk mengambil wuduk di luar tidak jauh dari situ.

“Selepas Mok Su mengambil wuduk dan masuk semula ke dalam rumah kongsi, ayah pula keluar untuk mengambil wuduk, namun hanya beberapa saat saja kelibat ayah terus hilang sebaik Mak Su mendengar bunyi gigitan binatang buas berkenaan.

Saya juga dimaklumkan ayah diterkam di bahagian belakang sehingga menyebabkan kepala dan lehernya mengalami kecederaan parah dan diseret beberapa meter sebelum mayatnya ditemui,” katanya lagi.

Difahamkan, bapanya itu sudah lama bekerja sebagai pemandu jentera berat di kawasan pembalakan dan sebelum ini pernah memberitahu beberapa kali terserempak dengan gajah dan pada masa sama turut menghantar gambar haiwan itu.

“Walau bagaimanapun, pada kali kami sekeluarga tidak menyangka ayah diserang harimau di tempat kerja sehingga meragut nyawanya,” luahnya.

Jenazah Adnan kini masih berada di Hospital Taiping, Perak untuk dibedah siasat dan jangka tiba pada jam 10 malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor.

Al-Fatihah…

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.